Skechers Memperkenalkan Koleksi Kayu Pemukul Pickleball Pada Harga Bermula RM269
Lina Rosli
Skechers memperkenalkan koleksi kayu pemukul pickleball buat pertama kali di Malaysia menerusi Skechers Pickleball Paddles.
Koleksi ini menampilkan tiga pilihan yang direka untuk memenuhi keperluan pemain dengan gaya permainan berbeza.

Bagi yang tidak mengetahui, sebelum ini, Skechers telahpun menawarkan kasut dan pakaian khusus untuk pickleball.
Jadi dengan pelancaran koleksi baharu ini, ia secara tidak langsung memperluaskan rangkaian kelengkapan sukan tersebut, selain meneruskan penglibatan jenama itu dalam komuniti pickleball.
Tiga Pilihan Kayu Pemukul Pickleball Skechers
Koleksi ini merangkumi dua model SKX TITANS serta satu set lengkap yang disertakan dengan bola dan beg.
#1 SKX TITANS – Silver Titanium Carbon (RM309)
Model ini direka untuk pemain yang mengutamakan pukulan menyerang. Ia dilengkapi teras sarang lebah polipropilena (PP Honeycomb Core) yang membantu mengimbangi kuasa pukulan, penyerapan hentakan dan ketahanan.
Kayu pemukul ini juga hadir dengan agihan berat yang berpusat pada pemegang pula membantu pemain mengawal kayu pemukul ketika pertukaran pukulan pantas.

#2 SKX TITANS – 12K Carbon (RM269)
Bagi pemain yang mengutamakan kelajuan dan pukulan agresif, model ini menggunakan permukaan gentian karbon 12K yang memberikan tindak balas lebih tegar ketika melakukan pukulan deras dan voli pantas.
Permukaan bertekstur kusam turut membantu mencengkam bola untuk menghasilkan putaran atas dan putaran belakang.
Seperti model Silver Titanium Carbon, ia mempunyai kepala berbentuk bulat untuk menyediakan kawasan pukulan yang lebih luas, selain agihan berat yang membantu kawalan ketika permainan berlangsung pantas.

#3 Skechers Pickleball Paddles Bundle Set (RM459)
Pemain yang mencari kelengkapan lebih menyeluruh boleh memilih Bundle Set yang merangkumi kayu pemukul SKX Paddle Set Carbon Fiber, tiga biji bola pickleball Skechers dan sebuah beg serut Skechers.
Kayu pemukul ini menggunakan permukaan gentian karbon bertekstur untuk membantu menghasilkan putaran bola, manakala teras sarang lebah polipropilena membantu mengurangkan getaran dan meningkatkan kawalan.

Untuk mendapatkannya, dua model SKX TITANS kini boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih, termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Setapak Sentral, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan The Exchange TRX.
Pelanggan juga boleh mendapatkan kedua-dua model tersebut menerusi laman web rasmi Skechers Malaysia.
Sementara itu, Skechers Pickleball Paddles Bundle Set hanya dijual di cawangan terpilih, iaitu Coalfields Retail Park, Genting Premium Outlets, LaLaport BBCC, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dan Tarcor Park.