ANUA Memperkenalkan Tiga Set Penjagaan Kulit Edisi Terhad
Lina Rosli
ANUA memperkenalkan tiga set penjagaan kulit edisi terhad yang direka untuk memudahkan rutin harian, termasuk ketika melancong atau membuat persiapan menjelang musim perayaan.
Ditawarkan secara eksklusif di Sephora, koleksi ini merangkumi pilihan untuk membantu mencerahkan kulit, mengekalkan kelembapan dan melengkapkan rutin penjagaan kulit harian.

#1 ANUA Radiant Glow Vitamin C Set – RM148
Untuk Anua Radiant Glow Vitamin C Set, ia dirumus khusus untuk mereka yang ingin menangani kulit kusam dan mendapatkan penampilan kulit yang lebih cerah.
Ia menggabungkan tiga produk daripada rangkaian Vita Line ANUA, iaitu Vita C Porestrix Brightening Serum Mask, Vita 10 Porestrix Brightening Serum dan Vita 10 Glutathione Brightening Sleeping Cream.

Rutin tiga langkah ini bermula dengan penggunaan masker untuk membantu menyediakan kulit, diikuti serum untuk penjagaan kulit dan krim tidur bagi mengekalkan kelembapan sepanjang malam.
Bagi yang berminat, serum dan krim tidur masing-masing didatangkan dalam saiz 20ml, manakala set ini mengandungi tiga keping masker.
#2 ANUA Dewy Glow Duo – RM122
Bagi mereka yang mengutamakan kelembapan ketika sibuk atau dalam perjalanan, Dewy Glow Duo menggabungkan dua produk bersaiz mudah dibawa, iaitu PDRN Hyaluronic Acid Hydrating Capsule Mist 30ml dan PDRN Lip Serum 10ml.
Semburan wajah ini boleh digunakan pada waktu pagi dan malam atau untuk menyegarkan kulit sebelum dan selepas solekan. Manakala, serum bibir pula boleh disapu mengikut keperluan bagi membantu mengekalkan kelembapan bibir sepanjang hari.

Gabungan kedua-dua produk ini menawarkan pilihan ringkas untuk menjaga kelembapan wajah dan bibir tanpa perlu menambah banyak langkah dalam rutin harian.
#3 ANUA Best-Seller Daily Routine Set – RM243
Untuk rutin penjagaan kulit yang lebih menyeluruh, Best-Seller Daily Routine Set mengandungi empat produk utama ANUA, iaitu Heartleaf Pore Control Cleansing Oil, Heartleaf Quercetinol Pore Deep Cleansing Foam, PDRN Hyaluronic Acid Capsule 100 Serum dan PDRN Hyaluronic Acid 100 Moisturizing Cream.
Rutin ini bermula dengan minyak pembersih untuk menanggalkan solekan, pelindung matahari dan minyak berlebihan, diikuti pencuci muka bagi membersihkan kulit dengan lebih menyeluruh.
Melengkapkan rutin adalah penggunaan serum untuk membantu mengekalkan kelembapan, sebelum krim pelembap disapu sebagai langkah terakhir.

Menurut ANUA, rangkaian ini menggabungkan Heartleaf serta PDRN dan asid hyaluronik untuk membantu membersihkan pori, mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit kelihatan lebih anjal.
Formulasinya juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

Ketiga-tiga set ini menawarkan pilihan mengikut keperluan penjagaan kulit, sama ada untuk membantu mencerahkan kulit, mengekalkan kelembapan ketika dalam perjalanan atau melengkapkan rutin harian.
Bagi yang berminat, untuk kesemua set ini, ia hanya ditawarkan secara eksklusif di Sephora.