Inside Scoop Hadir Dengan Kek Aiskrim Gulab Jamun Sempena Deepavali
Lina Rosli
Sempena sambutan Deepavali pada tahun ini, Inside Scoop kembali menawarkan Deepavali Delights dengan pilihan pencuci mulut istimewa untuk memeriahkan perayaan tahun ini.
Antara tarikan baharu yang diperkenalkan ialah Gulab Jamun Ice Cream Cake, selain turut hadir dengan set Matka Pot yang hadir dengan rekaan baharu.

Buat pertama kali, Inside Scoop memperkenalkan Gulab Jamun Ice Cream Cake (RM128) yang menggabungkan aiskrim vanila tanpa telur dengan aiskrim kulfi pistachio secara berlapis.
Kek aiskrim ini kemudiannya dihiasi dengan gulab jamun, manisan tradisional India yang terkenal dengan teksturnya yang lembut dan rasa manis.


Gabungan aiskrim dan gulab jamun ini menawarkan pilihan pencuci mulut yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang musim perayaan.
Selain kek aiskrim, Inside Scoop turut memperkenalkan semula Matka Pot Set (RM50) dengan penampilan baharu. Set ini juga didatangkan bersama sampul duit khas Deepavali yang eksklusif, sesuai untuk pemberian sempena perayaan.

Bagi yang berminat, kedua-dua pilihan Deepavali Delights ini sudah boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop.