Bila Resipi Kata Cukup, Selera Pula Nak Lebih – M&S Food Bawa Kempen “Cukup ke Lebih?”

October 28, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Secara umumnya, santan sudah lama menjadi antara bahan penting dalam masakan masyarakat Malaysia.

Daripada rendang dan gulai hingga nasi lemak serta kuih-muih tradisional, santan memberikan aroma, rasa lemak dan tekstur berkrim yang melengkapkan hidangan.

Penggunaannya mungkin berbeza mengikut resipi dan cita rasa, tetapi bagi sesetengah masakan, sukatan santan boleh mempengaruhi hasil akhir hidangan.

Ada yang memilih untuk mengikut sukatan dalam resipi, manakala ada juga yang gemar menambah sedikit lagi santan supaya masakan terasa lebih berlemak dan kaya dengan rasa.

Perbezaan inilah yang mencetuskan persoalan biasa di dapur: cukup atau lebih?

Mengangkat kebiasaan ini, M&S Food memperkenalkan kempen papan iklan digital atau digital out-of-home (DOOH) bertemakan “Cukup ke Lebih?”.

Menerusi permainan kata “cukup kepada lebih”, kempen ini mengetengahkan hubungan santan dengan hidangan kegemaran rakyat Malaysia melalui pendekatan bersahaja dan unsur jenaka tempatan.

Sebagai jenama santan tempatan dari Ipoh, M&S Food turut membawa perspektif tersendiri dalam perbualan ini.

Kempen ini hadir selepas kempen santan oleh Kara, menjadikan soal sukatan santan sekali lagi menarik perhatian.

Kali ini, M&S Food bermain dengan dilema yang cukup dekat dengan masyarakat Malaysia: bila resipi menyarankan santan secukupnya, tetapi hati dan selera pula berbisik, “Tambah sikit lagi boleh tak?”

Kempen yang berlangsung dari 22 hingga 28 Oktober 2026 ini dipaparkan di tiga lokasi, iaitu Lebuhraya MRR2, Kota Damansara dan AEON Mall Metro Prima, Kepong.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd