Laura Mercier Memperkenalkan Bonne Glow Cream Face & Eye Palette
Lina Rosli
Laura Mercier memperkenalkan Bonne Glow Cream Face & Eye Palette, palet solekan pelbagai guna yang menghimpunkan pilihan warna krim untuk membentuk dimensi wajah, menyerlahkan pipi dan memberikan kesan kilauan semula jadi pada kulit.
Apa yang menarik, palet ini menggabungkan warna bronzer, pemerah pipi dan penyerlah dalam satu koleksi.

Untuk Bonne Glow Cream Face & Eye Palette ini, ia ditawarkan dalam dua pilihan kombinasi warna, iaitu Bisou dan Amour.
Antara keistimewaan palet ini ialah tekstur balm-to-powder yang mana formulanya mudah untuk diratakan pada kulit tanpa memberikan rasa berat atau bercapuk.
Ia turut diperkaya dengan squalane berasaskan tumbuhan, vitamin E dan serbuk pengabur (blurring powders) yang membantu melembapkan, melicinkan serta memberikan kemasan lebih sekata.
Laura Mercier turut menyatakan bahawa formulanya mampu mengekalkan warna dan seri wajah sehingga 16 jam.


Cara Menggunakan Bonne Glow
Untuk mendapatkan hasil solekan yang lebih berdimensi, pengguna boleh mengaplikasikan tiga jenis warna dalam palet ini mengikut langkah berikut:
- Bronzer: Sapukan pada bahagian wajah yang biasanya terkena cahaya matahari untuk memberikan kesan hangat dan membentuk dimensi.
- Blush: Tekapkan pada bahagian pipi sebelum diratakan ke arah luar untuk menghasilkan rona kemerahan yang semula jadi.
- Highlighter: Sapukan pada bahagian tertinggi wajah dan tulang kening bagi menyerlahkan kilauan kulit.
Bagi hasil yang lebih sekata, Laura Mercier menyarankan agar produk ini digunakan sebelum solekan asas benar-benar kering supaya teksturnya lebih mudah sebati pada kulit.
Untuk yang ingin mendapatkannya, Laura Mercier Bonne Glow Cream Face & Eye Palette dijual pada harga RM193.