Qaysaa x Annjfr Angkat Ilustrasi Barangan Dapur Dalam Koleksi Fesyen Baharu
Lina Rosli
Siapa sangka bawang, ikan bilis, jagung, udang dan ayam boleh jadi bintang di dalam fesyen harian? Itulah kelainan yang dibawakan menerusi kolaborasi terbaharu antara Qaysaa dan Annjfr, yang menggabungkan pakaian kasual dengan ilustrasi barangan dapur yang cukup dekat dengan kehidupan seharian.
Koleksi ini menampilkan ilustrasi khas Annjfr yang menjadikan bahan makanan harian sebagai motif comel dan catchy pada pakaian serta aksesori.


Apa yang lebih menarik, ilustrasi tersebut turut diserikan dengan permainan kata atau puns ikonik Annjfr yang mencuit hati, antaranya “Ayam The Best”, “Dapat Celery”, “Shrimply Trying My Best”, “Bawang Yang Lepas Jangan Dikenang” dan “Cornfused”.
Gabungan ilustrasi dan permainan kata ini memberikan identiti tersendiri kepada setiap rekaan, sekaligus menjadikan koleksi ini lebih unik dan menghiburkan.

Bukan sekadar kemeja-T, koleksi ini turut menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori untuk melengkapkan gaya dari hujung kepala hingga ke beg.
32 Warna Kemeja-T Dengan Ilustrasi Berbeza
Antara tarikan utama koleksi ini ialah kemeja-T lengan pendek dan lengan panjang yang ditawarkan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Menariknya, setiap pilihan warna hadir dengan ilustrasi berbeza. Dengan 32 pilihan warna, anda boleh memilih rekaan berdasarkan ilustrasi kegemaran atau warna yang paling sesuai dengan gaya masing-masing.

Pilihan warnanya juga cukup pelbagai, merangkumi rona cerah seperti Mustard Yellow, Butter Yellow dan Steel Blue, selain warna lembut dan neutral seperti Beige, Taupe, Mocha dan White.
Jika lebih gemarkan penampilan matang, terdapat juga pilihan Maroon, Deep Plum, Dusty Purple, Charcoal dan Black.


Kemeja-T dewasa dijual pada harga RM119, manakala pilihan untuk kanak-kanak ditawarkan pada harga RM69. Kemeja-T dewasa turut hadir dalam pilihan saiz XS-S, M-L dan XL-XXL.
Selain kemeja-T, koleksi ini turut menawarkan beberapa pilihan pakaian asas yang mudah digayakan dan dipadankan:
- Barrel Pants Kapas (RM139) – Black, Maroon, Brown dan Ivory.
- Skirt Kapas (RM129) – Teal Blue, Black, Maroon, Light Beige dan Brown.
- Vest Cotton Twill (RM129) – Teal Blue, Black, Maroon, Light Beige dan Brown.
- Pinafore Cotton Twill (RM179) – Khaki dan Maroon.

Aksesori untuk Lengkapkan Gaya
Bagi yang mahu membawa elemen ilustrasi Annjfr ke dalam gaya harian, terdapat juga beberapa pilihan aksesori dalam koleksi ini. Antaranya:
- Bucket Hat Cotton Twill – RM79
- Tote Bag Cotton Twill Canvas – RM119
- Tote Bag Ripstop Boleh Lipat – RM89
- Shopping Bag – RM15
- Rantai Kunci – RM15
- Patches – RM15


Bagi yang berminat, koleksi Qaysaa x Annjfr kini boleh didapati menerusi laman web rasmi Qaysaa ataupun kunjungi ke kedai fizikal Qaysaa di Isetan KLCC.
Dengan pilihan warna, ilustrasi dan aksesori yang pelbagai, kolaborasi ini memberikan sentuhan lebih ceria kepada pakaian kasual tanpa perlu mengubah keseluruhan gaya anda.