Mulakan Dengan Langkah Kecil, Spritzer Sparkling Ajak Rakyat Malaysia Jaga Kesejahteraan Diri

November 2, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, ramai yang berdepan tekanan untuk mengimbangi tuntutan kerja, keluarga dan tanggungjawab peribadi.

Keinginan untuk menjalani kehidupan lebih sihat juga adakalanya terasa membebankan apabila perubahan yang ingin dilakukan dianggap sukar untuk dikekalkan.

Menyedari perkara itu, Spritzer Sparkling memperkenalkan kempen terbaharu ‘Rasa Light Je’ bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih seimbang melalui perubahan kecil yang mudah dilakukan setiap hari.

Kempen ini membawa mesej bahawa menjaga kesejahteraan diri tidak semestinya memerlukan perubahan besar atau rutin yang rumit. Sebaliknya, seseorang boleh bermula dengan pilihan mudah, meluangkan masa untuk diri sendiri dan menghargai setiap pencapaian kecil tanpa terlalu mengejar kesempurnaan.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Spritzer Sparkling turut mengetengahkan produknya sebagai pilihan minuman yang boleh dinikmati dalam rutin harian.

Diperbuat daripada air mineral semula jadi berkarbonat, Spritzer Sparkling tidak mengandungi gula atau pemanis tambahan. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan perisa, iaitu Classic, Lemon serta Sea Salt & Citron.

Menerusi kempen ini, Spritzer Sparkling berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia lebih menghargai diri sendiri, meraikan kejayaan kecil dan menjalani kehidupan dengan lebih positif tanpa terlalu membebankan fikiran.

Untuk maklumat lanjut dan menonton video kempen ‘Rasa Light Je’, layari laman rasmi Spritzer.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd