Semakin Ramai Rakyat Malaysia Utamakan Pelancongan Lestari, Trip.com Hadir Dengan Ciri My Travel Impact

November 6, 2026
Aplikasi

Lina Rosli

Sejak kebelakangan ini, kesedaran terhadap pelancongan lestari semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagi membantu pengguna membuat pilihan perjalanan yang lebih lestari, Trip.com memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai My Travel Impact dalam aplikasinya.

Ciri ini mengumpulkan maklumat berkaitan pilihan perjalanan lestari pengguna merangkumi penginapan hotel, penerbangan dan perjalanan kereta api dalam satu paparan.

Menerusi My Travel Impact, pengguna boleh melihat jumlah malam penginapan di hotel yang mempunyai pensijilan kelestarian yang diiktiraf pihak ketiga.

Bagi penerbangan pula, ciri ini memaparkan anggaran pengurangan pelepasan karbon apabila pengguna memilih penerbangan dengan pelepasan lebih rendah, berdasarkan data perbandingan yang tersedia dan model Travel Impact yang disyorkan oleh Travalyst.

Untuk perjalanan kereta api, pengguna turut boleh melihat anggaran penjimatan pelepasan karbon berbanding perjalanan menggunakan kereta petrol. Maklumat ini membantu pengguna memahami kesan pilihan perjalanan mereka dengan lebih mudah.

Pelancongan Lestari Bukan Sekadar Menjaga Alam Sekitar

Secara umumnya, pelancongan lestari ini bukan sekadar mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, tetapi sebagai peluang untuk para pelancong menikmati pengalaman perjalanan yang lebih bermakna.

Dalam data yang sama juga, sebanyak 54% responden berpendapat aktiviti menerokai alam semula jadi dan destinasi luar bandar dapat meningkatkan pengalaman percutian mereka.

Bukan itu sahaja, 48% daripada responden turut berpendapat yang mana menerusinya, ia memberi peluang kepada mereka untuk mengenali budaya tempatan.

Manakala 35% yang lain pula ingin menerokai aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan alam semula jadi — ataupun berkunjung ke destinasi yang kurang sesak dengan pelancong (32%).

Dalam usaha menyokong pelancongan yang lebih bertanggungjawab, Trip.com Group turut bekerjasama dengan organisasi seperti Global Sustainable Tourism Council (GSTC) dan Travalyst bagi menyokong penggunaan pensijilan serta maklumat pelepasan karbon yang lebih konsisten.

Laporan penuh boleh dibaca menerusi Trip.com Group 2026 Sustainable Travel Consumer Report.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd