UNIQLO Bakal Buka Cawangan Dua Tingkat Di 118 Mall Pada 11 Disember Ini

November 3, 2026
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO bakal membuka cawangan baharu di 118 Mall, Kuala Lumpur pada 11 Disember 2026.

Terletak dalam kawasan Merdeka 118, pembukaan ini membawa rangkaian pakaian LifeWear jenama tersebut ke salah satu mercu tanda ikonik ibu negara.

Apa yang menarik juga, UNIQLO 118 Mall ini turut bakal hadir dengan ruang jualan dua tingkat – cawangan ini bakal menawarkan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori untuk seisi keluarga.

Pengunjung boleh mendapatkan koleksi daripada rangkaian UNIQLO, UNIQLO UT dan UNIQLO Hijab, selain pelbagai pilihan LifeWear yang direka untuk kegunaan harian.

Maklumat lanjut mengenai acara pembukaan serta aktiviti yang bakal berlangsung di UNIQLO 118 Mall akan diumumkan dalam masa terdekat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd