Pertama Kali Dibuka Kepada Umum, Wolf Den Big Bad Wolf Tawar Buku Serendah RM1

November 5, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Big Bad Wolf Books bakal membuka pintu gudang bukunya, Wolf Den di Shah Alam, kepada orang ramai buat kali pertama menerusi jualan khas selama tiga hari dengan harga buku bermula RM1.

Menerusinya, peminat buku berpeluang mengunjungi Wolf Den yang menampilkan lebih 10 juta pilihan buku bermula dari 7 hingga 9 November ini.

Di Wolf House, ia menampilkan ruang penyimpanan buku Big Bad Wolf Books yang sebelum ini tidak dibuka kepada pengunjung.

Ia menampilkan pilihan buku yang merangkumi buku kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen.

Selain membeli buku, pengunjung juga boleh meluangkan masa bersama keluarga dan rakan sambil menikmati muzik serta mendapatkan minuman yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Menariknya, kemasukan adalah percuma dan buku ditawarkan pada lima pilihan harga, iaitu RM1, RM5, RM8, RM10 dan RM15.

Bagi yang berminat, THE WOLF DEN SALE 2026 akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam sepanjang tiga hari tersebut di Wolf House, 5, Jalan Trompet 33/8, Taman Alam Indah, 40400 Shah Alam, Selangor.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd