FamilyMart Rai Ulang Tahun Ke-10 dengan Koleksi Eksklusif FAMIMA dan Kopi Dari RM0.99

November 5, 2026
Famili

Bat


Sempena ulang tahun ke-10 di Malaysia, FamilyMart memperkenalkan konsep baharu ‘Life is Good with FamilyMart‘. Menerusi pembaharuan ini, FamilyMart mahu menjadikan kunjungan harian pelanggan lebih menarik dengan menawarkan pilihan makanan dan minuman yang lebih pelbagai, selain memperkenalkan pengalaman serta koleksi eksklusif untuk peminatnya.

Antara tarikan utama sepena ulang tahun ini ialah pengenalan rangkaian Everyday Craft Coffee yang diinspirasikan daripada seni kraf Jepun atau takumi. Koleksi kopi ini menampilkan dua pilihan baharu yang diperakui barista, iaitu Sumiyaki – kopi hitam pekat, dan Kinu – rasa lebih lembut dan seimbang.

Menariknya, kedua-dua pilihan kopi ini ditawarkan pada harga pengenalan serendah RM0.99, sebelum dijual pada harga bermula RM3.90.

Selain itu, FamilyMart juga hadir dengan lebih banyak pilihan mi dan kuah berbeza seperti Classic Fishball, Sukiyaki, Laksa Kahwin, Creamy Mala dan Tom Yum.

Untuk pencuci mulut pula, FamilyMart memperkenalkan brown sugar boba sofuto buat pertama kali. Selain itu, sofuto sea salt yang pernah menjadi kegemaran pelanggan turut dibawa kembali susulan permintaan ramai.

Koleksi Eksklusif FAMIMA by NIGO

Melalui ulang tahun ke-10 ini, FamilyMart turut memperkenalkan FAMIMA by NIGO, iaitu koleksi barangan gaya hidup eksklusif dari Jepun dan Famibara, iaitu koleksi yang direka khas untuk peminat FamilyMart di Malaysia.

Kedua-dua koleksi ini bakal dilancarkan secara rasmi pada Disember 2026. Bagaimanapun, pengunjung yang hadir ke acara ulang tahun FamilyMart Sunway Pyramid berpeluang melihat pratonton koleksi tersebut menerusi Mini Store yang disediakan.

Bagi menghargai pelanggan setia yang dikenali sebagai FAM, FamilyMart turut menyediakan pelbagai ganjaran dan promosi istimewa sepanjang sambutan ulang tahun ini. Antaranya tawaran kombo ulang tahun RM10 yang merangkumi kerepek dan teh daripada FamilyMart Collection.

Pengguna baharu yang memuat turun aplikasi MY FamilyMart pula akan menerima pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100. Manakala, ahli sedia ada boleh menikmati promosi eksklusif sempena Hari Ahli pada 10 dan 11 November 2026, dengan tawaran istimewa bermula serendah RM0.10.

Bagi pengunjung yang ingin mencuba menu baharu serta menyertai pelbagai aktiviti menarik, anda boleh berkunjung ke Orange Concourse, Sunway Pyramid, dari 5 hingga 9 November 2026.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd