DHL Supply Chain Jalin Kerjasama Dengan Siti Khadijah Untuk Perkukuh Penghantaran Pesanan Atas Talian

November 10, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

DHL Supply Chain Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan Siti Khadijah Apparels Sdn. Bhd. bagi membantu meningkatkan kecekapan pengurusan stok, pemprosesan pesanan dan penghantaran produk kepada pelanggan.

Dengan ini, setiap pesanan kini boleh dijejaki dalam satu platform, termasuk penghantaran yang menggunakan syarikat kurier berbeza atau melibatkan negara lain.

Selain itu, jenama berkenaan boleh memantau jumlah stok dan pesanan menerusi paparan data masa nyata di portal DHL MySupplyChain.

Kemudahan ini dijangka membantu Siti Khadijah menguruskan peningkatan permintaan, khususnya ketika musim jualan dan kempen promosi.

Menurut DHL, kerjasama ini hadir ketika pasaran e-dagang Malaysia dijangka berkembang sebanyak 9.4% kepada RM162 bilion.

Menerusi sokongan DHL, Siti Khadijah dapat mengembangkan operasi atas talian tanpa perlu membangunkan keseluruhan sistem pengurusan penghantaran sendiri. Ini membolehkan pasukan syarikat memberi lebih tumpuan kepada pembangunan produk, rekaan dan pengalaman pelanggan.

Untuk pengetahuan anda, DHL Fulfillment Network Malaysia telah diperkenalkan pada 2024 bagi membantu perniagaan menguruskan operasi pemenuhan pesanan melalui integrasi digital, pemantauan data dan rangkaian logistik yang lebih luas.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd