5 Produk Solekan Urban Decay Untuk Hasilkan Gaya Mata Berkilauan

November 10, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Untuk anda yang menggemari produk dari jenama kosmetik Urban Decay, pastinya anda tidak ingin ketinggalan untuk mendapatkan barisan produk baharu yang ditawarkan.

Menurut Urban Decay, untuk produk kosmetik baharu ini, jenama mereka bereksperimen dengan gaya solekan yang lebih berani.

Antara rangkaian produk yang ditawarkan merangkumi primer pembayang mata, pembayang mata berkilau, pembayang mata cecair, celak mata dan juga semburan penetap solekan.

Apa yang menarik juga, setiap produk menawarkan fungsi berbeza untuk membantu menghasilkan solekan mata yang lebih menyerlah dan tahan lebih lama.

#1 Urban Decay Eyeshadow Primer Potion – RM140

Urban Decay Eyeshadow Primer Potion menjadi langkah pertama sebelum menggunakan pembayang mata. Primer ini membantu menyediakan permukaan kelopak mata supaya pembayang mata lebih mudah disapu dan warna kelihatan lebih menyerlah.

Formulanya juga membantu mengurangkan pembentukan garis lipatan pada pembayang mata, dengan ketahanan warna sehingga 24 jam.

Produk ini turut hadir dengan aplikator berbentuk doe-foot yang memudahkan pengguna menyapu primer dengan lebih tepat pada kelopak mata.

#2 Urban Decay Moondust Glitter Eyeshadow – RM120

Bagi yang gemarkan solekan mata berkilauan, Urban Decay Moondust Glitter Eyeshadow menawarkan formula vegan dengan partikel glitter halus.

Ia menghasilkan warna yang lebih menyerlah dengan kemasan berkilauan daripada pelbagai sudut.

Pembayang mata ini boleh disapu pada seluruh kelopak mata untuk menghasilkan penampilan berkilauan atau dilapiskan beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang lebih dramatik.

Formulanya menawarkan ketahanan sehingga 16 jam. Ia hadir dalam empat pilihan warna, termasuk dua warna edisi terhad.

#3 Urban Decay 24/7 Glaze-On Liquid Eyeshadow – RM130

Jika mahukan kemasan yang berbeza daripada pembayang mata glitter biasa, Urban Decay 24/7 Glaze-On Liquid Eyeshadow menawarkan tekstur dengan kesan berkilat seperti kemasan glossy.

Untuk pembayang mata ini, ia hadir dengan pilihan warna berkilau dan duokromik yang memberikan dimensi tambahan pada solekan mata.

Bagi yang berminat, pembayang mata ini boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan Moondust Glitter Eyeshadow.

Ia menawarkan ketahanan sehingga 15 jam dan direka supaya tidak mudah berkedut atau pudar. Produk ini hadir dalam empat pilihan warna.

#4 Urban Decay 24/7 Liquid Stick Retractable Eyeliner – RM120

Untuk melengkapkan solekan mata, Urban Decay 24/7 Liquid Stick Retractable Eyeliner menawarkan hasil warna yang pekat dengan tekstur licin seperti celak cecair.

Formulanya kalis air dan direka untuk bertahan sehingga 24 jam tanpa mudah comot atau pudar.

Celak mata ini mempunyai hujung boleh tarik keluar dengan bentuk nipis seperti bilah, sesuai untuk menghasilkan garisan tajam dan kemas.

Pengguna juga boleh menggunakan berus terbina dalam untuk melembutkan garisan dan menghasilkan kesan smokey.

Ia hadir dalam enam pilihan warna dengan reka bentuk boleh putar yang tidak memerlukan pengasah.

#5 Urban Decay All Nighter Setting Spray – RM170

Selepas selesai bersolek, Urban Decay All Nighter Setting Spray boleh digunakan sebagai langkah terakhir untuk membantu mengekalkan keseluruhan penampilan.

Semburan penetap solekan ini membantu mengunci solekan sehingga 24 jam, selain menyatukan produk berasaskan krim dan serbuk pada kulit.

Ia menghasilkan semburan halus dengan kemasan semula jadi yang membantu memberikan kesan kulit lebih sekata.

Formulanya juga kalis air serta direka untuk menahan peluh, pemindahan solekan dan warna yang semakin pudar.

Bagi yang berminat, kesemua produk Urban Decay ini boleh didapati di butik Sephora seluruh Malaysia serta menerusi laman web rasmi Sephora Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd