Carlo Rino Menampilkan Koleksi Beg Tangan Baharu Menerusi Infinite C Collection
Lina Rosli
Khusus untuk peminat jenama Carlo Rino, jenama ini nampaknya hadir dengan satu lagi koleksi baharu iaitu Infinite C Collection – yang menampilkan rangkaian aksesori wanita dengan rekaan moden dan praktikal untuk kegunaan harian.
Menerusi koleksi ini, Carlo Rino tampil dengan beg baharu yang ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Peach and Dark Yellow.

Menurut jenama ini, pemilihan warna ini bertujuan untuk menampilkan gaya yang berbeza sama ada untuk penampilan klasik ataupun gaya yang lebih lembut menerusi penggunaan warna yang lebih lembut.
Untuk pengetahuan anda, untuk koleksi Infinite C ini, ia direka bersesuaian dengan keperluan harian sama ada digunakan ketika bekerja, keluar bersantai ataupun ketika menghadiri acara kasual – di samping mengekalkan gaya dan identiti jenama tersebut.

Melengkapkan beg ini adalah penampilan logo CR baharu sebagai identiti visual terkini Carlo Rino.
Bagi yang berminat, koleksi ini sudahpun boleh didapati di platform atas talian Carlo Rino dan jugan rangkaian butik Carlo Rino di seluruh Malaysia.