BookXcess @ 118 Mall Himpunkan 9 Jenama Tempatan Dalam Satu Ruang
Lina Rosli
BookXcess secara rasminya melancarkan pembukaan kedai buku mereka di pusat beli-belah baharu 118 Mall.
Menerusi pembukaan rangkaian baharu ini, BookXcess tampil dengan konsep kedai buku yang menghimpunkan variasi jenama runcit dalam satu ruang.

Antara jenama yang terlibat termasuklah:
- Honey by Two Sons – Kafe bakeri pertama jenama ini yang terletak di dalam kedai buku. Pengunjung boleh menikmati pastri yang baru dibakar bersama kopi.
- Becon Signature – Menawarkan barangan keperluan kerja seperti pen, buku nota dan aksesori meja.
- APOM! – Menampilkan hadiah dan pakaian yang diinspirasikan daripada budaya, humor serta ungkapan harian masyarakat Malaysia.


- Peanut Butter Vintage – Menawarkan pilihan barangan vintaj, antik dan terpakai yang dikumpulkan secara terpilih.
- Kedai Runcit Photobooth – Menyediakan ruang bergambar dengan konsep pondok gambar yang diinspirasikan daripada kedai runcit tradisional.

- Cara Workshop – Menawarkan bengkel DIY yang membolehkan pengunjung menghasilkan cincin kekal sendiri.
- Goldsboro Books – Kedai buku yang mengkhususkan edisi bertandatangan, terhad dan koleksi istimewa. Lokasi ini merupakan kediaman tetap kedua Goldsboro Books di Malaysia selepas pembukaan The Goldsboro Room di The Sunway Library by BookXcess pada Ogos 2026.

- Chiltern Books – Menampilkan buku edisi istimewa dengan reka bentuk kulit dan kemasan yang lebih terperinci, sesuai untuk pembaca yang gemar mengumpul buku.
Dengan kehadiran kesemua jenama ini, BookXcess bukan lagi sekadar tempat mendapatkan buku, akan tetapi turut menjadi one-stop centre yang menyajikan pelbagai pilihan keperluan – bermula dari buku, makanan, fesyen, kraftangan hingga ke barangan collectibles.

Tambah BookXcess juga, dari segi susun atur dan juga rekaan dalaman, kedai buku ini menampilkan ruang yang diinspirasikan daripada suasana kejiranan dan jalan-jalan tradisional di Malaysia.
Elemen seperti jeriji putih yang mengingatkan kepada gerai di Petaling Street serta pintu masuk dengan pengatup besi seperti rumah kedai Cina lama memberikan sentuhan nostalgia pada ruang moden ini.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke rangkaian baharu BookXcess ini, ia terletak di aras 3, 118 Mall di lokasi Malaysian Artisan District.