PUMA Raikan HYROX Pertama Di Malaysia, Turut Memperkenalkan Kasut Edisi Khas HYROX

November 13, 2026
Sukan

Lina Rosli

Penganjuran HYROX pertama di Malaysia bakal menjadi pengalaman baharu buat komuniti kecergasan tempatan.

Sebagai rakan rasmi global bagi pakaian dan kasut HYROX, PUMA turut memperkenalkan koleksi khas serta beberapa aktiviti untuk peserta dan peminat sukan ini.

Menerusi kempen Made For This. Backed by PUMA., pelbagai aktiviti akan berlangsung di kedai PUMA Sunway Pyramid dan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dari 10 hingga 13 Disember 2026.

PUMA x HYROX Deviate NITRO Elite 4

Antara produk utama yang diperkenalkan ialah PUMA x HYROX Deviate NITRO Elite 4. Kasut ini direka untuk perlumbaan HYROX dan latihan fungsian.

Ia dilengkapi teknologi NITROFOAM Elite untuk kusyen ringan dan pemulangan tenaga, plat gentian karbon PWRPLATE bagi membantu daya tolakan serta tapak luar PUMAGRIP untuk cengkaman lebih baik ketika melakukan pelbagai pergerakan.

Selain kasut, koleksi ini turut merangkumi pakaian untuk kegunaan ketika berlari dan menjalani latihan.

Koleksi PUMA x HYROX boleh didapati di cawangan terpilih, termasuk Sunway Pyramid, KLCC, TRX dan Pavilion KL, serta kedai atas talian rasmi PUMA.

Pelbagai Aktiviti Sempena HYROX

Bermula 14 November 2026, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM699 untuk produk PUMA Running dan Training di cawangan terpilih akan menerima satu PUMA HYROX Mystery Pack.

Koleksi edisi terhad ini menampilkan lima rekaan rantai kunci bertemakan HYROX.

Peminat juga berpeluang bertemu atlet HYROX dan duta global PUMA, Hong Beom Seok, menerusi sesi pertemuan khas di kedai PUMA Sunway Pyramid pada 9 Disember 2026.

Sepanjang pertandingan di MITEC pula, PUMA akan menyediakan Race Booth yang membolehkan pengunjung mencuba kasut, menyertai cabaran interaktif dan merasai suasana HYROX.

Peserta yang tamat perlumbaan juga boleh berehat di PUMA Recovery Hub.

Menariknya, peserta yang berjaya menamatkan HYROX boleh mendapatkan baju PUMA VELOCITY Running Tee secara percuma menerusi PUMA x HYROX Finisher Customisation Experience di Sunway Pyramid, dari 10 hingga 20 Disember 2026.

Baju tersebut boleh diperibadikan dengan catatan masa perlumbaan, inisial nama atau mesej motivasi pilihan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd