LG Malaysia Melancarkan Penapis Udara WallFit Dan Skrin Pintar StanbyME 2 Max
Lina Rosli
LG Electronics Malaysia (LG) memperkenalkan rangkaian Smart Life Solutions terbaharu menerusi acara LG Subscribe New Product Introduction Media Launch 2026.
Antara produk yang diketengahkan ialah LG PuriCare WallFit Air Purifier dan LG StanbyME 2 Max, selain rangkaian penapis air, peti sejuk dan mesin basuh.

Kesemua produk ini direka untuk menjadikan kehidupan di rumah lebih mudah melalui teknologi pintar dan reka bentuk praktikal.
Pelancaran ini turut membawa tema Free Up Your Mind, selari dengan kempen Life’s Good 2026 yang menggalakkan pengguna menikmati kehidupan tanpa terlalu dibebani urusan harian.

LG PuriCare WallFit dan StanbyME 2 Max Tawar Fungsi Praktikal
Antara produk utama ialah LG PuriCare WallFit Air Purifier yang hadir dengan reka bentuk nipis setebal 18cm, membolehkannya diletakkan rapat pada dinding tanpa mengambil banyak ruang.
Ia menggunakan sistem Dual Airflow dan penapisan HEPA yang mampu menyingkirkan sehingga 99.999% partikel habuk berdasarkan ujian tertentu.
Mod AI turut melaraskan kelajuan kipas secara automatik mengikut kualiti udara semasa.

Sementara itu, LG StanbyME 2 Max hadir dengan skrin sentuh 32 inci beresolusi 4K UHD yang boleh ditanggalkan dan dipindahkan menggunakan tapak beroda. I
a menawarkan penggunaan niwayar sehingga 4.5 jam berdasarkan tetapan tertentu, sesuai untuk menonton kandungan, mengikuti resipi atau bersenam di ruang berbeza.

Penapis Air, Peti Sejuk Dan Mesin Basuh Turut Dinaik Taraf
LG turut memperkenalkan penapis air LG PuriCare Objet Collection Tankless Water Purifier (MX-T) yang membolehkan pengguna menyimpan tetapan suhu dan jumlah air pilihan.
Reka bentuknya yang hanya selebar 13.2cm juga membantu menjimatkan ruang dapur.


Bagi peti sejuk LG Fit & Max Multi-Door pula, teknologi Zero Clearance membolehkan pintunya dibuka tanpa memerlukan ruang tambahan yang besar di bahagian sisi.
Ia turut dilengkapi ciri AI Fresh yang mempelajari tabiat pengguna membuka pintu peti sejuk selama tiga minggu sebelum melaraskan suhu lebih awal bagi membantu mengekalkan kesegaran makanan.

Untuk penjagaan pakaian, mesin basuh muatan hadapan LG dilengkapi teknologi AI DD yang menyesuaikan pergerakan cucian mengikut berat dan jenis fabrik.
Dram keluli tahan karat pula membantu mengurangkan risiko karat serta pembentukan kulat dan bakteria.

Menurut Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi, teknologi yang dibangunkan syarikat itu bertujuan memudahkan kehidupan pengguna tanpa menjadikan urusan harian lebih rumit.
Beliau turut menjelaskan bahawa perkhidmatan LG Subscribe menawarkan pilihan langganan fleksibel serta penyelenggaraan produk, bergantung pada produk dan pelan yang dipilih.
Untuk maklumat lanjut mengenai LG Subscribe, layari laman rasmi LG Malaysia.