Skechers Malaysia Kini Hadir Dengan Koleksi Eksklusif SkechVibe X APO555
Lina Rosli
Skechers memperkenalkan koleksi eksklusif SkechVibe X APO555 hasil kolaborasi bersama Apo Nattawin Wattanagitiphat, yang juga merupakan Duta Jenama Skechers Asia Pasifik.
Koleksi istimewa ini membuat kemunculan sulung di Malaysia selepas diperkenalkan di Thailand, sekaligus membawakan rangkaian pakaian dan aksesori berinspirasikan gaya peribadi serta minat pelakon tersebut iaitu aktiviti mengembara dan fotografi.

Elemen peribadi turut diterapkan pada beberapa rekaan, termasuk ilustrasi kucing hitam putih peliharaannya yang dikenali sebagai MeewGu.
Selain itu, terdapat juga rekaan yang menampilkan gambar hasil tangkapan Apo sendiri ketika mengembara. Sentuhan ini menjadikan koleksi tersebut lebih istimewa kerana setiap rekaan membawa sebahagian daripada pengalaman, minat dan perjalanan peribadi beliau.

Menurut Skechers, koleksi ini merangkumi enam rekaan T-shirt lengan pendek uniseks yang ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Snow White dan Black Beauty.
Selain T-shirt, koleksi ini turut menampilkan beg tote daripada fabrik kanvas twill yang melengkapkan rangkaian aksesori.

Bagi yang berminat, koleksi SkechVibe X APO555 ditawarkan pada harga bermula RM99.
| Produk | Harga |
|---|---|
| T-shirt lengan pendek uniseks | RM179 |
| Beg tote uniseks | RM99 |

Koleksi ini kini boleh didapati secara eksklusif di beberapa cawangan terpilih Skechers di Malaysia seperti:
- 1 Utama Shopping Centre
- AEON Mall Bandaraya Melaka
- Gurney Plaza
- IOI City Mall
- Mid Valley Megamall
- Pavilion Bukit Jalil
- Pavilion Kuala Lumpur
- Queensbay Mall
- Sunway Pyramid
- Suria KLCC
- The Exchange TRX
Pengguna juga boleh mendapatkan koleksi ini menerusi laman rasmi Skechers Malaysia.