Isetan Beauty Fest 2026 – Himpun 100 Produk Kecantikan Sempena Ulang Tahun Ke-140
Lina Rosli
Sempena sambutan ulang tahun ke-140 Isetan di Jepun, Isetan Kuala Lumpur menganjurkan Isetan Beauty Fest 2026 buat julung kalinya dari 13 hingga 29 November 2026.
Festival ini menghimpunkan 100 produk kecantikan ikonik menerusi pameran khas Wall of Fame di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens.

Pameran tersebut menampilkan pilihan produk daripada kategori penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut dan wangian.
Selain mengetengahkan produk popular, Wall of Fame turut memberi perhatian kepada sejarah, keunikan formulasi, inovasi serta kepakaran jenama yang telah membentuk industri kecantikan selama ini.

Antara jenama antarabangsa yang mengambil bahagian termasuk Burberry Beauty, Chantecaille, Clarins, Estée Lauder, Hermès Beauty, Lancôme, La Prairie, NARS, Shiseido dan SK-II.
Festival ini turut disertai Isetan WELLife, konsep kesejahteraan khusus di bawah Isetan yang mempamerkan 10 produk terlaris daripada kategori kecantikan, penjagaan diri dan kesihatan.

Tidak ketinggalan, sambutan ulang tahun ini turut membawa mesej “WAKU WAKU To YOU”, yang diinspirasikan daripada ungkapan Jepun waku waku.
Istilah tersebut menggambarkan perasaan teruja, penuh jangkaan dan kegembiraan, sekali gus meletakkan pelanggan sebagai tumpuan pengalaman Isetan.
Bagi yang berminat untuk berkunjung, festival ini berlangsung sehingga 29 November 2026 di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens.