OWNDAYS x TZUYU Menampilkan Empat Koleksi Cermin Mata Baharu – Harga Bermula RM398

November 16, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Jenama cermin mata Jepun, OWNDAYS memperkenalkan kempen terbaharu bersama Tzuyu sebagai duta jenama serantau.

Menerusi kempen ini, beliau memperagakan empat koleksi utama OWNDAYS iaitu +NICHE, K.Moriyama, AIR dan SNAP yang masing-masing menawarkan reka bentuk serta ciri berbeza mengikut gaya pemakaian.

+NICHE: Reka Bentuk Minimalis Dengan Sentuhan Moden

Koleksi +NICHE sesuai untuk mereka yang menggemari penampilan moden dengan perincian yang tidak terlalu menonjol.

Bingkainya menampilkan aksen logam halus dan kemasan terperinci, sekaligus memberikan karakter tersendiri kepada reka bentuk minimalis.

Gabungan bentuk bingkai yang lebih berstruktur dengan permainan cahaya dan bayang menjadikan koleksi ini sesuai untuk penampilan kemas dan elegan. Ia boleh melengkapkan gaya harian, termasuk ketika bekerja atau menghadiri acara yang memerlukan penampilan lebih tersusun.

Model NC8007G-6A dalam warna C1 ditawarkan pada harga RM398.

K.Moriyama: Bingkai Titanium Dengan Gaya Klasik

Bagi penggemar bingkai logam, koleksi K.Moriyama mengetengahkan reka bentuk titanium yang menggabungkan gaya klasik dengan sentuhan moden.

Penggunaan bahan titanium serta perincian logam yang kemas menghasilkan bingkai dengan penampilan ringkas dan elegan.

Koleksi ini sesuai untuk mereka yang mengutamakan penampilan matang dan versatil tanpa perlu memilih reka bentuk yang terlalu menonjol.

Model KM7013Q-6S dalam warna C1 ditawarkan pada harga RM598.

AIR: Bingkai Ringan Untuk Kegunaan Harian

Jika keselesaan menjadi keutamaan, koleksi AIR menawarkan bingkai yang direka dengan pembinaan ultra ringan dan bahan resin fleksibel.

Penggunaan bahan ringan ini memberikan pengalaman pemakaian yang lebih selesa, khususnya bagi mereka yang memakai cermin mata sepanjang hari.

Selain reka bentuk bingkai, koleksi AIR turut ditampilkan bersama inovasi PhotoGlow Lenses daripada OWNDAYS. Kanta ini mempunyai tona kecerunan lembut pada bahagian bawah yang direka untuk memberikan kesan lebih menyerlah pada penampilan kulit, seri wajah dan definisi wajah.

PhotoGlow Lenses ditawarkan dalam tiga pilihan warna:

  • Petal Pink: Memberikan sentuhan rona merah jambu lembut untuk penampilan wajah yang lebih segar.
  • Amber Orange: Menampilkan tona jingga hangat bagi menghasilkan penampilan yang lebih berseri.
  • Sunset Orange: Menawarkan rona lebih pekat untuk kesan wajah yang kelihatan hangat dan seakan-akan mendapat sentuhan cahaya matahari.

Model AU8012Q-6A dalam warna C2 ditawarkan pada harga RM548.

SNAP: Tukar Cermin Mata Biasa Kepada Cermin Mata Hitam

Untuk mereka yang mahukan cermin mata lebih praktikal, koleksi SNAP dilengkapi reka bentuk klip magnet yang membolehkan bingkai optik ditukar kepada cermin mata hitam dengan mudah.

Pengguna hanya perlu memasang klip tersebut pada bingkai untuk mendapatkan fungsi cermin mata hitam apabila berada di luar. Ciri ini memudahkan peralihan antara aktiviti di dalam dan luar bangunan tanpa perlu membawa dua pasang cermin mata berasingan.

Model SNP1026Q-6A dalam warna C1 ditawarkan pada harga RM498.

Bagi yang berminat, keempat-empat koleksi yang diperagakan Tzuyu kini boleh didapati di cawangan OWNDAYS seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, promosi dan penyertaan, layari laman rasmi OWNDAYS Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd