Tealive Tampil Dengan Wajah Baharu – Memperlihatkan Imej Yang Lebih Segar

November 16, 2026
syarikat

Lina Rosli

Tealive kini tampil dengan wajah baharu menerusi pembaharuan reka bentuk dan penampilan kedai fizikalnya di Malaysia.

Perubahan ini turut disertai pengenalan menu baharu, sekaligus menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan yang berkunjung ke cawangan terpilih.

Pembaharuan tersebut membawakan suasana kedai yang lebih segar untuk pelanggan menikmati minuman kegemaran, sama ada ketika memulakan hari, berehat pada waktu petang atau meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Enam Cawangan Tealive Mula Tampil Dengan Wajah Baharu

Pengenalan reka bentuk baharu ini dilaksanakan secara berperingkat menerusi beberapa cawangan terpilih.

Setakat November 2026, Tealive telah menyenaraikan enam lokasi yang terlibat dalam pembukaan awal atau soft opening.

Tealive turut memaklumkan bahawa lebih banyak cawangan akan menerima penampilan baharu dalam fasa seterusnya.

Ini bermakna pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak lokasi dengan reka bentuk baharu tersebut akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd