M·A·C Cosmetics Memperkenalkan Konsep ‘Store of the Future’ Di Pavilion Kuala Lumpur
Lina Rosli
M·A·C Cosmetics memperkenalkan konsep kedai terbaharunya, M·A·C Store of the Future di Pavilion Kuala Lumpur.
Pembukaan ini menandakan Malaysia sebagai lokasi kedai kedua di dunia yang menampilkan konsep peruncitan generasi baharu jenama kecantikan tersebut.

Mengambil inspirasi daripada susunan peralatan kerja seorang artis solekan dan suasana di belakang pentas, ruang ini menampilkan gabungan kemasan keluli tahan karat dengan warna hitam ikonik M·A·C.
Reka bentuk modularnya membolehkan pengunjung menerokai rangkaian produk, mendapatkan perkhidmatan solekan yang diperibadikan serta mencuba pelbagai pengalaman kecantikan.


Selain ruang membeli-belah, konsep ini turut menggabungkan elemen seni, kreativiti dan penghasilan kandungan dalam satu persekitaran interaktif.
Tidak hanya itu, pengunjung boleh menerokai produk, mendapatkan khidmat solekan serta bereksperimen dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti masing-masing.

Menariknya, M·A·C turut bekerjasama dengan Flover, sebuah studio reka bentuk bunga dari New York yang terkenal dengan pemasangan artistik dan ruang imersif.
Menerusi kolaborasi ini, beberapa pemasangan bunga khas ditempatkan di sekitar kedai bagi memberikan sentuhan seni yang berbeza kepada konsep reka bentuk industrial M·A·C.