Yobe Crafted Buka Cawangan Ketujuh Di 1 Utama, Kini Tersedia Di foodpanda
Lina Rosli
Yobe Malaysia kini memperluas kehadirannya dengan pembukaan cawangan ketujuh menerusi Yobe Crafted di 1 Utama Shopping Centre.

Pada masa sama, Yobe Malaysia turut menjalin kerjasama dengan foodpanda bagi menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.
Menerusi kerjasama ini, pelanggan boleh memesan pelbagai pilihan yogurt beku dan pencuci mulut kegemaran mereka untuk dinikmati di rumah tanpa perlu berkunjung ke cawangan fizikal.

Bagi anda yang ingin berkunjung, Yobe Crafted terletak di SK3, Aras 2F Promenade, 1 Utama Shopping Centre.
Di cawangan ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan yogurt beku dan pencuci mulut buatan tangan Yobe.

Untuk pengetahuan anda, Yobe yang merupakan jenama tempatan yang memberi tumpuan kepada penyediaan yogurt beku premium pada harga yang lebih mampu milik dan mudah dinikmati oleh pelanggan.

Sempena pembukaan cawangan ini, Yobe turut memperkenalkan pilihan topping terbaharunya, Velvet Indulgence.