Secret Recipe Memperkenalkan Menu Kek Baharu, Kek Chocolate Chip Walnut
Lina Rosli
Secret Recipe kini memperkenalkan beberapa tawaran baharu untuk pelanggan, termasuk kek Chocolate Chip Walnut bersaiz 6 inci, Celebration Box dan promosi Jom Makan.
Pilihan terbaharu ini menggabungkan kek span koko, krim coklat, kacang walnut California dan cip coklat. Ia ditawarkan pada harga RM13.50 untuk sepotong atau RM98 bagi sebiji kek bersaiz 6 inci.
Bagi yang berminat, kek ini telahpun boleh mula didapati di cawangan Secret Recipe terpilih di Semenanjung Malaysia.

Bukan itu sahaja, Secret Recipe turut memperkenalkan Celebration Box untuk pembelian kek bersaiz 6 inci. Ia hadir dengan kotak lutsinar, reben merah, pilihan lilin dan hiasan kek mengikut tema sambutan.
Setiap kotak juga disertakan kad Scratch-and-Win dengan peluang memenangi bekalan kek potong selama setahun untuk 29 pemenang utama, selain baucar kek dan baucar tunai bernilai RM2.90.
Pelanggan boleh mendapatkan Celebration Box dengan tambahan RM12.90 apabila membeli kek bersaiz 6 inci di cawangan terpilih.

Selain itu, bagi pelanggan yang ingin menikmati hidangan bersama keluarga atau rakan, Secret Recipe menawarkan tiga pilihan set Jom Makan:
- 2 orang: RM55
- 3 orang: RM78
- 4 orang: RM98
Setiap pilihan merangkumi hidangan pembuka selera, menu utama dan minuman. Pelanggan turut menikmati diskaun 10% untuk pembelian sepotong kek bersama mana-mana set.

Untuk menikmatinya, promosi Jom Makan berlangsung dari 16 November 2026 hingga 31 Januari 2027 untuk makan di restoran di cawangan Secret Recipe seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Secret Recipe.