Mengapa Roti, Daging, Keju, Salad, Tomato Dan Bawang Jika Dimakan Berasingan Mempunyai Khasiat Tersendiri, Tetapi Burger Tidak?
Lina Rosli
Pernahkah anda tertanya-tanya yang mana sekiranya anda makan daging, daging, keju, salad, tomato dan bawang secara berasingan ia mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun, mengapa jika ia digabungkan menjadi burger, hidangan tersebut tidak lagi sihat?

Secara amnya, burger mengandungi jumlah kolesterol dan lemak tepu yang berlebihan. Jadinya, apabila anda memakan burger, paras kolesterol meningkat dalam darah, sekali gus meningkatkan kemungkinan gangguan jantung.
Ditambah lagi dengan penawaran daging burger proses dalam kalangan pengeluar makanan segera, maka tidak hairanlah mengapa burger tersebut boleh menjadi tidak sihat.
Bukan itu sahaja, sesetengah bahan makanan seperti keju dan roti kini semakin cenderung digantikan dengan versi yang telah diubah suai atau dibentuk semula menggunakan bahan tambahan. Sebagai contoh, roti, yang sering dianggap sebagai makanan asas yang sihat, sebenarnya boleh mengandungi kandungan gula yang lebih tinggi berbanding sekeping coklat.
Perkara ini mungkin tidak diketahui ramai kerana persepsi umum terhadap roti adalah ia pilihan yang lebih baik untuk diet seimbang. Namun, perubahan ini sering dilakukan oleh pengeluar untuk meningkatkan rasa, tekstur atau jangka hayat produk – menjadikannya tidak sihat apabila dikonsum pada kuantiti yang banyak.

Dalam erti kata lain bahan asal di dalam sesuatu bahan adalah baik. Namun, apabila diproses dan dicampur serta ditambah dengan pengawet untuk tahan lama adalah punca kepada penurunan tahap khasiat sesuatu makanan.

Selain itu juga, pengambilan burger secara berlebihan juga adalah punca mengapa makanan tersebut menjadi tidak sihat.
Walaupun makanan segera tidak menjejaskan kesihatan dalam masa terdekat, tetapi hakikatnya pengambilan terlalu kerap memberi kesan jangka panjang yang lebih teruk iaitu peningkatan kadar kalori, terlalu banyak gula, tidak cukup serat, tidak cukup vitamin. Dengan kata lain diet menjadi tidak seimbang.
Jadi, Bagaimana Boleh Anda Mendapatkan Burger Yang Sihat?
Anda boleh menggantikan makanan yang lebih sihat dalam diet anda, dan memilih burger dengan pilihan yang lebih berkhasiat.
Antaranya, pilih burger yang dilengkapi dengan salad hijau dengan ayam panggang tanpa kulit. Dan jika anda memesan burger, pilih pilihan hidangan dalam saiz terkecil dan pesan salad sampingan atau cawan buah segar sebagai sides dan bukannya kentang goreng atau hidangan goreng lain.