Tips Dan Cara Serah Dokumen Atau Gambar Bukti Jika Mohon Bayaran Balik Di Shopee

June 29, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Pernahkah anda mengalami kekeliruan cara untuk menghantar bukti sokongan yang bersesuaian sekiranya ingin memohon bayaran balik di Shopee?

Jika ya, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda tips dan cara untuk menyerahkan dokumen dan gambar bukti yang penting bagi menyokong permohonan bayaran balik atau pemulangan semula barangan yang rosak atau tidak lengkap.

Berikut adalah jenis-jenis gambar bukti yang boleh anda ambil mengikut kesesuaian isu:

Dokumen Atau Gambar Untuk Produk Rosak

Rakam gambar atau video produk yang berupaya menunjukkan kerosakan fizikal pada produk. Ia merangkumi bukti produk retak, pecah atau mengalami kecacatan yang tidak boleh dibaiki semula.

Untuk setiap produk yang diterima, anda disarankan untuk hadir dengan video atau gambar yang menunjukkan keadaan bungkusan dalaman dan luaran.

Sekiranya produk yang diterima tidak berfungsi, lampirkan gambar atau video yang menunjukkan peranti elektronik tersebut tidak dapat dihidupkan walaupun telah disambungkan ke sumber kuasa atau bateri.

Dokumen Atau Gambar Untuk Produk Yang Tidak Lengkap/Hilang

Rakam video atau gambar yang menunjukkan bungkusan yang diterima dan keadaan produk yang terkandung di dalamnya. Pastikan untuk setiap gambar yang diambil menampilkan bukti bil Airway dan menunjukkan kandungan serta berat bungkusan yang sepatutnya anda terima.

Jika produk yang dihantar menunjukkan kuantiti yang tidak lengkap, ambil gambar kesemua barang dan nyatakan kuantiti yang telah dipesan.

Dokumen Atau Gambar Untuk Produk Yang Salah

Serah gambar atau video bungkusan yang diterima dan produk yang terkandung di dalamnya. Kemudian, lakukan tangkapan skrin produk sebenar yang menunjukkan penyenaraian yang telah dipesan di dalam aplikasi Shopee.

Dokumen Atau Gambar Untuk Produk Tiruan

Dapatkan gambar atau video bungkusan, produk dan pembungkusannya berserta dengan resit konsainan yang dilampirkan pada bungkusan.

Untuk membuktikan bahawa produk yang diterima tidak asli, sediakan bersama dokumen yang membuktikan ciri produk tulen yang sebetulnya seperti nombor siri, logo jenama, imej dari laman web rasmi.

Apakah Proses Untuk Mengendalikan Pemulangan Atau Bayaran Balik Untuk Item Tidak Dipulangkan?

Untuk memproses permohonan bayaran balik, Shopee akan meminta pembeli dan penjual untuk menyertakan bukti pembelian dan penerimaan produk yang mana ianya perlu dilakukan dalam tempoh dua hari sahaja.

Jika pembeli memberikan bukti dalam masa 2 hari tetapi penjual terlepas tarikh akhir, Shopee akan memulangkan pembeli (jika bukti pembeli sah), dan penjual boleh membangkitkan pertikaian atau rayuan dalam 3 hari kalendar dengan bukti yang sah untuk mendapatkan pampasan.

Jika bayaran balik adalah disebabkan kesalahan penjual, Shopee berhak untuk tidak membayar pampasan kepada penjual.

Untuk proses bayaran balik juga, Shopee akan membenarkan permintaan bayaran balik untuk barangan mudah rosak dalam tempoh 3 hari selepas penghantaran. Sebarang permintaan yang dibangkitkan selepas tempoh ini tidak akan dilayan kerana Shopee tidak akan dapat menilai keadaan item tersebut.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd