Kunjungi Pameran Fotografi Hidupan Liar Kedua Di Pusat Beli-Belah Komuniti Kreatif GMBB

July 5, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Bermula 2 Julai 2022 sehingga 15 Januari 2023, sebuah pameran fotografi dibuka kepada orang ramai untuk dilawati. Dinamakan “Masters of Disguise”, ia adalah pameran fotografi hidupan liar yang mempaparkan gambar-gambar memukau dan memfokuskan pada seni teknik penyamaran alam semula jadi.

Pameran ini dibuka di pusat membeli-belah komuniti kreatif GMBB yang terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur berdekatan dengan Puduraya dan sekitar kawasan Lalaport Bukit Bintang.

“Masters of Disguise” ialah pameran solo kelima Chien C. Lee yang merupakan seorang ahli biologi dan jurugambar. Di dalam pameran ini, ia memaparkan beberapa penemuan Chien yang sepanjang jelajah hutan hujan tropika merentasi empat benua sejak 25 tahun lalu.

Menghuraikan tentang “Masters of Disguise”, terdapat pelbagai jenis penyamaran di dalam alam semula jadi melibatkan banyak organisma menggunakan teknik penyamaran untuk melindungi diri mereka daripada ancaman bagi meneruskan kehidupan.

Menurut Chien lagi, walaupun sesetengah spesis kelihatan memukau, keajaiban sebenar “Master of Disguise” adalah lebih mendalam bukan hanya sekadar apa yang dapat dilihat oleh mata kasar. Bagi setiap penyamaran, ia tidak hanya memerlukan ketelitian untuk dirungkaikan, tetapi juga pemahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan peranan sensory perception, evolusi biologi dan hubung kait kehidupan.

Untuk pameran “Masters of Disguise”, ia menyaksikan paparan interaktif yang baharu dan mengasyikkan yang hadir dengan lebih daripada 60 gambar yang mempamerkan seni teknik penyamaran alam semula jadi. Karya-karya ini disertakan dengan kisah-kisah menarik di sebalik setiap foto, dengan bunyi dari hutan tropika yang dirakam oleh Chien sendiri beserta bauan kayu hutan oleh ahli komuniti GMBB iaitu minyak wangi OLFAC3 Perfumes.

Pameran fotografi hidupan liar “Masters of Disguise” akan diadakan di GMBB yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan kini dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang. Kemasukan adalah percuma.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke “Masters of Disguise”, tiket untuk kemasukan adalah percuma dan pelawat dialu-alukan untuk walk-in atau membuat tempahan awal bagi lawatan berpandu percuma pada hujung minggu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd