Cuaca Terlalu Panas Sehingga Menyebabkan Landasan Di Lapangan Kapal Terbang Cair

July 29, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Tahukah anda baru-baru ini telah berlakunya satu kejadian yang mana landasan di Lapangan Terbang Luton tidak dapat digunakan akibat cair. Kesan daripadanya, ia memerlukan mereka untuk menangguhkan sementara penerbangan luar dari masuk ke kawasan berkenaan.

Faktor ini dikatakan berpunca daripada suhu pada waktu siang yang terlalu tinggi iaitu sekitar 41 darjah Celsius dan telah menyebabkan kecacatan permukaan telah berlaku di bahagian landasan.

Tidak hanya itu, Lapangan Terbang Brize Norton turut menyatakan bahawa keadaan di lokasi mereka juga turut mencetuskan kebimbangan.

Perkara ini berlaku sekitar minggu ketika Julai 2022 yang pada waktu itu Tentera Udara Diraja United Kingdom (RAF UK) telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara penerbangan di pangkalannya.

Selain di London, terdapat beberapa negara yang juga mengalami gelombang suhu melampau. Ia termasuklah Delhi, India yang merekodkan suhu tertinggi dalam sejarah apabila bacaan suhu mencatat bacaan 49 darjah Celsius.

Sementara di Itali pula, sekitar 16 bandar telah menerima amaran gelombang haba yang tinggi sehingga menyebabkam berlaku kebakaran di beberapa tempat. Menurut bomba, ia merupakan suhu terburuk dicatatkan di Itali yang mana ia mencecah 40 darjah Celsius di utara Milan, manakala Bologna dan Rom dijangka mencapai 39 darjah Celsius.

Namun, di Malaysia, Jabatan Metrologi Negara melaporkan bahawa Malaysia dilihat tidak mengalami perubahan suhu yang melampau sehingga mencetuskan kegawatan kepada penduduk.

Setakat ini, rata-rata hari di Malaysia mencatatkan paras suhu yang tidak terlalu tinggi iaitu di sekitar 35 hingga 37 darjah Celcius pada waktu siang. Sementara waktu malam pula, suhu dijangka berada hanya sekitar 27 sehingga 29 darjah Celsius.

Walau bagaimanapun, sepanjang musim peralihan monsun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui iaitu:

  • Anda akan merasakan kelajuan angin adalah sepoi-sepoi dan berubah-ubah. Pada waktu pagi, langit biasanya cerah dan ini telah membantu pembentukan ribut petir pada sebelah petang.
  • Di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia, ribut petir menghasilkan purata hujan bulanan maksimum semasa peralihan monsun berlaku.
  • Cuaca boleh menjadi sangat panas di kawasan daratan Asia.
  • Berkemungkinan besar di beberapa kawasan akan mengalami banjir kilat, tanah runtuh dan sambaran kilat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd