Koleksi Skechers X Demons Slayer Boleh Mula Dibeli Di Malaysia – Dijual Pada Harga RM459

August 8, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Pada Ogos 2022, Skechers Malaysia nampaknya telah hadir dengan satu kerjasama yang sangat ditunggu-tunggu ramai iaitu penawaran koleksi sulungnya bersama siri anime terkenal iaitu Skechers X Demon Slayer.

Menerusi kerjasama ini, Skechers menampilkan 3 rekaan berbeza yang diinspirasikan dari 3 karakter utama Demon Slayer iaitu Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado dan Zenitsu Agatsuma untuk dua kasut mereka iaitu Stamina V2 dan Global Jogger.

Pemilihan kedua-dua kasut ini sudah semestinya berikutan tawaran keselesaan yang ditampilkan kepada pengguna di samping hadir dengan teknologi terbaru yang telahpun diuji dengan teliti bagi memenuhi keperluan si pemakai.

Antara ciri utama kedua-dua kasut ini termasuklah:

  • Tapak atau kusyen dalam yang gebu dan lembut menggunakan Air-Cooled Memory Foam 
  • Tapak tengah yang berupaya menyerap hentakan 
  • Mesh sintetik yang menjamin kebolehnafasan sepanjang pemakaian
  • Tapak luar yang mempunyai cengkaman getah fleksibel menggunakan teknologi Dura-Grip 

Jika anda inginkan mendapatkan Skechers X Demon Slayer yang direka dengan gaya yang berani dan sporty, ianya boleh mula didapati di beberapa lokasi terpilih iaitu Skechers 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park LaLaport BBCC, Suria KLCC, Intermark Mall, Pavilion Kuala Lumpur pada harga RM459 setiap satu. Atau anda juga boleh melakukan pesanan secara atas-talian di www.skechers.com.my, Shopee dan Lazada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd