Pereka Fesyen Jepun, Issey Miyake Meninggal Dunia
Lina Rosli
Bagi yang tidak begitu mengenali Issey Miyake, beliau merupakan seorang pereka fesyen dari Jepun yang telahpun hadir dengan variasi jenis rekaan pakaian yang memberikan impak yang besar dalam industri fesyen.

Telah memulakan karier seawal usia 30-an, koleksi pertama Issey Miyake mula dipertontonkan sewaktu acara musim sejuk dan luruh untuk Paris Fashion Week 1973. Antara rekaan ikonik yang pernah diperkenalkan beliau termasuk baju leher tinggi (turtle neck jumpers) yang menjadi gaya sepanjang masa bagi kebanyakan individu dan juga Steve Jobs.

Berdasarkan laporan BBC, Issey Miyake telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu, 5 Ogos 2022, akibat kanser hati. Untuk pengetahuan anda juga, beliau merupakan antara individu yang terselamat daripada bom atom yang digugurkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1945 yang mana pada ketika itu beliau berumur 7 tahun.
Dengan berita pemergian Issey Miyake, nampaknya industri fesyen global telah kehilangan insan yang banyak menampilkan rekaan pakaian yang versatile di samping masih mengekalkan keselesaan dan nilai praktikal seperti fabrik jenis pleats yang kini menjadi pilihan ramai pengeluar fesyen di seluruh dunia.