Bayar Isian Minyak Di 88 Stesen Shell Guna TNG RFID – Ini Tutorial Penggunaannya
Lina Rosli
RFID Fuelling atau isian minyak menggunakan RFID telah diperkenalkan sejak pertengahan 2021 yang lalu yang mana sebelum ini ianya terhad untuk ujian pengguna terpilih sahaja.
Kini nampaknya, sistem pembayaran menggunakan RFID ini sudah sedia untuk digunakan oleh semua pengguna TNG RFID di 88 lokasi di seluruh negara dan dijangka bakal diperluaskan lagi kepada 200 stesen menjelang penghujung 2022.
Bagi yang tidak mengetahui, RFID Fuelling merupakan alternatif pembayaran lain yang ditawarkan oleh pihak stesen minyak selain daripada pembayaran menggunakan wang tunai, kad debit dan juga kad kredit.

Menerusi RFID Fuelling juga, anda boleh melakukan transaksi secara nirtunai yang mana jumlah pembayaran akan untuk mengisi minyak akan ditolak secara automatik daripada Touch ‘n Go eWallet. Mudah bukan? Anda tidak perlu membawa kad ataupun telefon bimbit untuk meneruskan pengisian minyak.
Bagaimana Cara Lakukan Pembayaran Isian Minyak Menggunakan RFID Fuelling Di Shell?
Berikut adalah langkah menggunakan RFID Fuelling sewaktu isian minyak:
- Muat-turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di App Store atau Play Store.
- Aktifkan ciri RFID Fuelling dengan hanya klik ikon Shell > Activate Fuelling.
- Tetapkan amaun pengisian yang anda inginkan dan masukkan nombor kad BonusLink untuk jana mata ganjaran.
- Amaun pengisian yang ditetapkan adalah amaun yang akan ditolak setiap kali anda melakukan pengisian di stesen minyak.
- Selepas selesai menetapkan maklumat yang diperlukan, anda boleh kunjungi ke stesen minyak Shell terpilih untuk melakukan pengisian.
- Pastikan anda parkir di ruang isi minyak dengan betul bagi memudahkan sensor pembaca RFID mengenalpasti kenderaan anda.

Harus diingatkan juga, anda perlu mengaktifkan RFID Fuelling bagi setiap kereta yang disenaraikan di bawah TNG RFID yang sama sebelum mula melakukan isian minyak. Ia bagi memudahkan pam yang tersedia mengesan kenderaan yang boleh menggunakan ciri ini.
Sekiranya anda tidak lagi ingin menggunakan kaedah pembayaran ini, anda boleh menghentikan penggunaan ciri RFID Fuelling dengan memilih untuk Stop Using pada setiap kereta yang aktif.
Berikut adalah beberapa lokasi stesen minyak Shell yang mula menawarkan ciri pembayaran isian menggunakan TNG RFID:
- Shell Salak Tinggi
- Shell Kajang-Semenyih
- Shell Prima Saujana ByPass
- Shell Persiaran Mahkota Cheras 2
- Shell Cheras Perdana
- Shell Balakong
- Shell SKVE Serdang
- Shell Elite Highway
- Shell NSE Bukit Jalil
- Shell Sungai Besi-Puchong Highway
- Shell Lebuhraya Seremban-KL
- Shell Jalan Cheras KM 5.5
- Shell Desa Petaling
- Shell LDP Puchong
- Shell Besraya Salak South SB
- Shell Bandar Puteri Puchong
- Shell Pandan Indah
- Shell Jalan Kuchai Lama
- Shell Kesas R&R Awan Besar
- Shell Kesas R&R Kinrara
- Shell Jalan Puchong KM12
- Shell New Pantai Expressway
- Shell Danau Desa
- Shell Putra Heights
- Shell Desa Petaling
- Shell LDP Putra Heights USJ25
- Shell Elite Putra Heights
- Shell Jalan Maarof
- Shell Jalan Tun Razak KL
- Shell Bukit Rimau Shah Alam
- Shell Kesas Highway Klang Bound
- Shell Kesas Highway KL Bound
- Shell Subang Jaya SS15
- Shell Wangsa Maju
- Shell Wangsa Maju 2
- Shell MRR2 Gombak 2
- Shell MRR2
- Shell Jalan Ipoh 2
- Shell MRR2 Kepong
- Shell Jalan Kepong
- Shell Desa Aman Puri
- Shell Bandar Sri Damansara
- Shell Plus HW J Duta KL Bound
- Shell Sri Hartamas
- Shell Taman Tun Dr Ismail
- Shell Sunway Damansara
- Shell Sg Kayu Ara
- Shell NKVE Damansara
- Shell Taman Tun Dr Ismail
- Shell Bandar Sri Menjalara
- Shell Mint Hotel
- Shell Temerloh RSA W/B EW Highway
- Shell Temerloh RSA E/B EW Highway
- Shell Jalan Beserah 1 KuantanS
- Shell Jalan Teluk Sisek Kuantan
- Shell Rompin
- Shell Jalan Pasir Puteh 3 Ipoh
- Shell Jalan Raja Musa Mahadi Ipoh
- Shell Jalan Tasik Ipoh
- Shell Jalan Kuala Kangsar
- Shell Jalan Kuala Kangsar 2
- Shell Jalan Kota Taiping
- Shell Nibong Tebal 1
- Shell NSE Sg Bakap Layby SB
- Shell Jelutong Expressway
- Shell Jalan Chain Ferry 1
- Shell Jalan Baru 2 Perai
- Shell Jalan Baru Butterworth
- Shell Ampamg Jajar Pak Mandin
- Shell Lebuhraya Utara-Selatan
- Shell Lebuhraya Plus Juru NB
- Shell Sg Dua SB
- Shell Jalan Song Ban Kheng 2
- Shell Jalan Kulim