Juice Works Memperkenalkan Saiz Minuman Baharu Di Dalam Menu
Lina Rosli
Pada awal Ogos 2022 baru-baru ini, Juice Works telahpun memperkenalkan pilihan saiz minuman baharu kepada pelanggan yang mana kini anda boleh mula memesan minuman kegemaran anda dalam kuantiti yang lebih besar.
Sebelum ini, saiz Midi yang ditawarkan adalah sebesar 450ml dan kini mula ditingkatkan kepada 500ml. Manakala variasi Power pula menampilkan saiz 650ml yang dahulunya hanya 600ml sahaja.

Menurut Juice Works, penawaran saiz cawan baharu yang lebih besar ini bukan sahaja untuk memberikan kepuasan dalam menikmati minuman yang mereka gemari, tetapi juga untuk menambah nilai positif dalam setiap pesanan.
Selari dengan penambahan jumlah kapasiti bagi setiap cawan, Juice Works dilihat turut meningkatkan harga bagi untuk kedua-dua penawaran yang mana harga asas bagi rata-rata menu adalah sekitar RM12.90 secawan.
Bagi anda yang ingin mencuba pesanan minuman dalam saiz dan pek pembungkusan baharu dari Juice Work, mula pesan hari ini sama ada kunjungi ke rangkaian fizikal mereka ataupun anda juga boleh mendapatkannya melalui GrabFood dan FoodPanda.