BlackBixon Café – Kafe Dalam Rumah Kaca Dibuka, Hidangkan Pastri Segar Setiap Hari
Lina Rosli
Sekiranya anda berkunjung ke Kuala Lumpur ataupun bercadang untuk melakukan cafe hunting pada hujung minggu ini, anda mungkin boleh menambah BlackBixon Café ke dalam senarai kunjungan.


BlackBixon Café merupakan sebuah kafe yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur berdekatan dengan menara ikonik Malaysia iaitu Tun Razak Exchange. Memfokuskan kepada penawaran pastri dan juga minuman kopi, BlackBixon Café hadir dengan variasi pilihan pastri yang disediakan segar pada hari jualan.


Menurut Pengarah Pemasaran BlackBixon, setiap hidangan pastri yang dihidangkan adalah yang terbaik di Malaysia yang mana ia menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan premium bagi menjamin kepuasan pelanggan yang datang berkunjung. Dan sekiranya terdapat lebihan pastri pada akhir hari, BlackBixon Café akan menawarkan diskaun sehingga 50% yang mana penawaran ini bertujuan untuk memastikan tiada pastri yang akan dijual dan dibawa ke hari esok.


Bermula sebagai syarikat pengeluar mesin kopi dan kapsul, BlackBixon Café turut menawarkan pelbagai jenis mesin kopi yang boleh pelanggan dapatkan untuk penggunaan di rumah. Tambah BlackBixon lagi, mereka menyajikan biji kopi yang terbaik di dunia yang mana ia diperoleh dari Kenya dan Rwanda.


Bercakap mengenai konsep kafe, BlackBixon Café menyatakan mereka ingin menawarkan ruang makan yang pelbagai yang merangkumi ruang dengan penyaman udara, ruang makan di taman, ruang makan dengan pemandangan Kuala Lumpur dan juga ruang makan di dalam rumah kaca. Tidak hanya itu, ia turut hadir dengan ruang khas yang membolehkan individu untuk mengaturkan acara peribadi seperti majlis hari jadi, majlis perayaan dan sebagainya.


Untuk menu yang ditawarkan pula, antara hidangan yang dicadangkan termasuklah:
- BlackBixon Salted Egg Croissant
- BlackBixon Cheesy Sausage
- BlackBixon Matcha Croissant
- BlackBixon Almond Croissant
- BlackBixon Salted Caramel Nutty Cube
- BlackBixon Pesto Ham & Cheese Danish Twist
- BlackBixon Pain Au Chocolat
- Crabby Burger
- Truffle Portobello Burger
- Calamari
- Beef Schinitzel
- Lamb Stew
- Truffle Egg
- Pesto Gnochhi
- Monochome Coffee
- Charcoal Latte
- Tropicalxon
- Coffee Kombuca


Selain daripada menu yang dinyatakan di atas, pada September 2022, BlackBixon Café turut akan mula memperkenalkan lebih banyak hidangan yang lebih memenuhi selera tempatan. Setakat ini, mereka belum menyatakan nama menu yang akan ditawarkan. Namun, mereka dijangka akan hadir dengan menu utama seperti nasi dan juga ayam.
Bagi anda yang mementingkan status halal, kesemua hidangan ini telah mendapat pensijilan halal yang mana ia menepati tahap kualiti dan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Jakim.
Menarik bukan? Sekiranya anda ingin berkunjung ke BlackBixon Café, ia terletak di Jalan Inai off Jalan Imbi, 50350 Kuala Lumpur.