Dapatkan Koleksi Kasut Dan Pakaian PUMA X Coca-Cola Pada Harga Bermula RM149

August 18, 2022
Fesyen

Lina Rosli

Baru-baru ini, PUMA bersama-sama dengan Coca-Cola telahpun hadir dengan koleksi edisi khas bagi meraikan warisan istimewa kedua-dua jenama. Ia merangkumi kasut dan pakaian yang boleh digayakan untuk pelbagai acara harian.

Melengkapkan koleksi ini adalah pemilihan warna yang klasik daripada palet warna retro selain turut dipadankan bersama garis-garis klasik Coca-Cola pada item terpilih. Bukan itu sahaja, pada kasut, ia menampilkan kemasan eksklusif seperti label tenunan jenama bersama, tag gantung dan pembungkusan eksklusif yang termasuk renda dan pembalut khas.

Untuk pengetahuan anda, pengenalan koleksi PUMA X Coca-Cola ini akan dilakukan secara berperingkat. Untuk koleksi yang pertama, mereka membawakan barangan keperluan almari pakaian seperti hoodie dan seluar pendek, serta rangkaian grafik T-shirt.

Manakala untuk koleksi yang kedua pula, PUMA X Coca-Cola hadir dengan beberapa gaya pakaian baharu, serta pilihan kasut yang lebih menarik iaitu Rider FV yang telah dikemas kini untuk 2022. Ia menampilkan butiran klasik yang digabungkan dengan elemen reka bentuk moden.

Sekiranya anda ingin mendapatkan koleksi PUMA x Coca-Cola 2022, koleksi yang pertama akan tersedia mulai 1 September di kedai PUMA terpilih, PUMA.com dan platform edagang rasmi PUMA pada harga bermula RM149 hingga RM599.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd