Koleksi Sedia-Pakai Yang Diinspirasikan Kopi Oleh Khatreena Dan Moccona Malaysia
Lina Rosli
Moccona Malaysia merupakan sebuah jenama kopi yang berasal dari Belanda kini berkolaborasi bersama pereka tempatan terkenal, Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pengasas KHATREENA.
Kedua-dua pihak ini menampilkan koleksi sedia-pakai KHATREENA yang mendapat ilham daripada kopi yang mana ia telahpun diperagakan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini. Aspirasi yang dikongsi antara KHATREENA dan Moccona menjanjikan kelahiran detik-detik keanggunan khas buat penggemar fesyen dan penggemar kopi.

Berdasarkan perkongsian, pakaian yang ditampilkan oleh KHATREENA dilihat berbeza mengikut tahap sifat dan intensiti kopi Moccona Coffee. Tambah mereka lagi, intensiti kopi yang pelbagai ini menggambarkan perbezaan personaliti dan suasana hati yang berlainan mengikut seseorang individu pada sesuatu hari.
Begitu juga dengan penggayaan kita di mana kita berpakaian mengikut mood dan perasaan pada sesuatu masa. Secara keseluruhan, terdapat sepuluh jenis gaya sedia pakai yang dipamerkan dan kesemuanya hadir dengan reka bentuk yang feminin dan kemas.

Dengan kehadiran koleksi KHATREENA ini, ia sedikit sebanyak menggambarkan keanggunan Moccona sebagai minuman yang sempurna, ditambah pula dengan keselesaan penggayaan fabrik yang beralun lembut, detik peribadi yang indah akan pasti tercipta.