Kedai Pop-Up The Artisans Haven Menampilkan Produk Buatan Tangan Dari 100 Artis Tempatan
Lina Rosli
The Artisans Haven kini hadir dengan kedai pop-up yang dibuka di Lembah Klang. Menerusinya, beberapa label artisan terpilih akan memasarkan beberapa barangan buatan tempatan dan produk buatan tangan yang paling menarik yang dicipta oleh sekumpulan artis Malaysia yang berbakat.
Menurut The Artisans Haven, bersempena bulan Kemerdekaan ini, kedai pop-up artisanal ini sedikit sebanyak dapat memacu kesedaran dan penghargaan terhadap artis tempatan dan ketukangan mereka, membolehkan pencinta kraftangan dan pelawat dari sekeliling untuk mengalami secara fizikal kraf abadi yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia.

Mengikut perancangan, sebanyak 100 artis tempatan yang akan menampilkan karya mereka selama sekurang-kurangnya tiga bulan di tiga cawangan dengan trafik tinggi yang terletak di tengah-tengah kawasan kosmopolitan Bukit Bintang, iaitu Malaysia Grand Bazaar Pusat Bandar Bukit Bintang, Fahrenheit 88, Tokyo Street Pavilion KL, dan dua lagi terletak di Damansara City Mall dan The Linc KL.
Sekiranya anda berminat untuk mengunjungi ke mana-mana lokasi kedai pop-up The Artisans Haven, ia menampilkan pelbagai barangan yang unik termasyk lilin aromati yang dituangkan dengan tangan, beg kotak clutch berlian, rantai mutiara dan kit kesihatan yang dibuat oleh ibu Orang Asli. Sementara jenama yang mengambil bahagian termasuklah Gocheeks, The Asli Co, Candle Pit Stop, I am KL, dan Rebecca Creations.

Tidak sekadar itu, The Artisans Haven juga mempamerkan satu siri karya seni bertemakan Merdeka, menampilkan artis tempatan terkemuka seperti Kirtanraw, Ruful McKenzie, Hand & Brush oleh Sashtri dan Wani Art.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Artisans Haven, anda boleh layari laman rasmi mereka di https://www.artisanshaven.com.my/ atau laman sosial rasmi Facebook dan Instagram.