23 Pelajar Cipta Rekod Kebangsaan Menerusi Penghasilan Peta Susun Suai Gambar Malaysia Sebesar 15 Kaki

August 26, 2022
fakta menarik

Lina Rosli

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, Puzzle Planet bersama-sama dengan Taylor’s International School Kuala Lumpur dan Intermark Mall telah mencipta rekod kebangsaan menerusi penghasilan peta Malaysia yang terbesar menggunakan susun suai gambar atau jigsaw puzzle.

Menurut Puzzle Planet, mereka telah menyumbangkan 48,000 keping kanvas susun suai gambar yang kalis air yang mana ianya ditaja oleh Pintoo International untuk mencipta peta Malaysia sebesar 15 kaki.

Disertai oleh 23 pelajar Tahun 8, 9 dan 10 di Taylor’s International School Kuala Lumpur, mereka berjaya mempersembahkan peta gergasi ini dengan melaksanakan pelbagai proses seperti konseptualisasi, melakar dan mewarna kepingan gambar.

Persembahan peta Malaysia ini diinspirasikan oleh tema Merdeka tahun 2022 iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang mana ia menampilkan 13 negeri di Malaysia dengan ilustrasi lukisan tangan tentang perkara yang diketahui dan ikonik bagi setiap negeri seperti:

  • Sabah – Gunung Kinabalu, Rafflesia dan monyet Proboscis
  • Sarawak – Oriental Pied, burung enggang, monumen kucing ikonik dan rumah panjang
  • Semenanjung Malaysia memaparkan ilustrasi makanan tempatan seperti nasi ayam Ipoh, kopitiam
    kopi, strawberi di Cameron Highlands, kraftangan seperti wau, bangunan ikonik dan
    tapak seperti Kuala Terengganu Drawbridge dan Menara Jam Bukit Fraser.

Bagi anda yang ingin melihat karya Peta Susun Suai Gambar Malaysia Terbesar ini, kunjungan telahpun dibuka di Ground Atrium Intermark Mall yang berlangsung bermula hari ini sehingga 18 September 2022.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd