Nestlé Omega Plus Tawarkan Pemeriksaan Kolesterol Secara Percuma Di Cawangan AEON Terpilih

August 29, 2022
Kesihatan

Lina Rosli

Penyakit jantung merupakan antara punca utama kematian di Malaysia. Statistik telahpun menunjukkan bahawa kolesterol tinggi merupakan salah satu penyebab individu mengalami penyakit jantung yang mana ia dilihat menjejaskan sekitar 8 juta atau 40% orang dewasa.

Oleh yang demikian, bersempena Bulan Jantung Sedunia ini, NESTLÉ OMEGA PLUS bersama-sama dengan Kumpulan AEON telah hadir dengan inisiatif dalam menawarkan pemeriksaan kolesterol secara percuma kepada orang ramai di beberapa cawangan AEON terpilih.

Ini merupakan anjuran yang ke-10 NESTLÉ OMEGA PLUS dalam melaksanakan inisiatif pemeriksaan kolesterol kepada masyarakat umum.

Selari dengan itu, jenama ini turut menawarkan satu rangkaian produk yang dapat membantu merendahkan paras kolesterol iaitu NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc. Ia dilengkapi dengan ActiCol 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti dapat membantu merendahkan paras kolesterol.

Untuk maklumat lanjut tentang jadual pemeriksaan kolesterol di AEON, berikut adalah 3 lokasi yang boleh anda kunjungi di sekitar Lembah Klang.

  • AEON Wangsa Maju – 3 & 4 September 2022
  • AEON Mid Valley – 24 & 25 September 2022
  • AEON Big Wangsa Maju – 24 & 25 September 2022

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd