Tag:

Terkini
9 Konten
Siri 000 Uncategorized

Wanita Kurang Upaya Namun Kental Hati 

Wanita Kurang Upaya Namun Kental Hati  Berpeluang mengenali seorang Orang Kelainan Upaya(OKU), seorang wanita kepada dua orang anak yang sangat kental hatinya. Diusia 46 tahun, wanita ini merupakan ibu yang buta yang mengambil upah mengurut dari jam 10 pagi sehingga 7 petang setiap hari dengan anggaran RM25 ke RM65 mengikut urutan. 

Siri 000 Uncategorized

Friendship dan Food

Friendship dan Food Masih di dalam mood syawal. Syawal 2019 membawa kehadiran sahabat lama yang tidak berjumpa rasanya ada 20 tahun, mengeratkan kembali silatulrahim.  Sahabat zaman ITM dan kemudian dinaiktaraf ke UiTM, di dalam jurusan yang saya tidak berapa berminat pada ketika itu. Teman teman inilah yang  banyak memberikan galakan dan sokongan. Terima Kasih datang […]

Siri 000 Uncategorized

Menagih Kasih Ibu ..

Menagih Kasih Ibu .. Betapa hebatnya nilai kasih sayang. Namun bagaimana dan dimana kita meletakkan value kasih sayang ini. Pengalaman yang menyedihkan di pagi raya ke-4, di mana seorang anak menantikan kehadiran ibunya di hari pertunangan, tetapi yang hadir hanya airmata ditubir mata si anak. Apakah salah anak ini? Wajarkah kasih sayang ini dibezakan hanya […]

Siri 000 Uncategorized

Kuih Bakar Bombai

Kuih Bakar Bombai Resipi turun temurun keluarga saya dan juga onyang Uwe sebelah rumah. Resipi ini saya cuba sendiri dan hasilnya agak menarik dan sedap walaupun setelah bertahun tahun mencuba ini kali pertama menjadi seperti air tangan mak dan adik. Selalunya kuih bakar ini akan dibuat pada setiap hari raya. Untuk kami sekeluarga ini adalah […]

Siri 000 Uncategorized

Dalca Tulang Lembu

Dalca Tulang Lembu Semalam terajin ke Mydin Pulau Sebang. Bermacam macam ada discount di Mydin sempena bulan Ramadhan ini. Lebih kurang setengah jam dalam Mydin, teragak untuk mencari tulang lembu untuk di buat kari. Bahagian frozen betul betul ngam ada tulang lembu. Rembat ajerla untuk menu berbuka petang nanti. Asalnya plan untuk buat kari berkesudahan […]

Siri 000 Uncategorized

Cerita Nasi Daging semalam … 

Cerita Nasi Daging semalam …  Semalam berbuka puasa di kampung halaman di Ghombau, hanya kami berempat. Sambil duduk menengok alang menjahit tempahan, kami duk bercerita cerita apa untuk dimasak pada berbuka nanti. Alang kata macam sedap tengok FB live Ustazah menyediakan Nasi Daging Semanis Kurma. Kami tidak pernah mencuba nasi daging dibulan Ramadhan kerana agak […]

Siri 000 Uncategorized

Resipi Kuah Kacang 

Resipi Kuah Kacang  Alhamdulillah hari pertama Ramadhan 1440. Semalam kami di rumah mantai rendang ayam telur, rendang daging, 2 jenis kek secara kukus, Kek Coklat resipi Kak Asmah, mak belajar pada tahun 1999, turun skill kepada Alang (memang terlajak sedap, nanti free saya share resipi), kek cheese gebu kukus. Semuanya lemak berkrim.  Alang request supaya […]

Siri 000 Uncategorized

Ramadhan dan Rendang Pucuk Ubi

Ramadhan dan Rendang Pucuk Ubi Ramadhan, Syawal dan Rendang untuk keluarga kami adalah sangat sinonim. Pelbagai jenis rendang akan disediakan dan dihidangkan samada Hari Pertama Ramadhan mahupun Hari Raya Pertama. Faham sahajalah jumlah santan kelapa yang digunakan, yang motan eh sodap.  Sebelum ini, pokok ubi kayu banyak ditanam di kawasan rumah saya dan juga rumah […]

Siri 000 Uncategorized

Rendang Hitam, Hari Mantai dan Ramadhan

Rendang Hitam, Hari Mantai dan Ramadhan Alhamdulillah, 29 April bermakna 8 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak 1440. Bagi kami sekeluarga hari yang paling dinanti menjelang Ramadhan dan Syawal merupakan Hari Mantai.Mantai adalah acara unik yang dahulunya menjadi tradisi setiap tahun di kalangan masyarakat Negeri Sembilan terutamanya beberapa daerah yang masih mengamalkan aktiviti ini. […]