Tag:

Terkini
10 Konten
Siri 000 Uncategorized

Koleksi Muzium Patah Hati Ini Menyimpan Memori Cinta Luka

Sekali pandang, koleksi Muzium Patah Hati di Croatia ini mungkin kelihatan biasa dan sama seperti barang yang ada di rumah kita seperti seterika, pembakar roti dan pengering rambut. Namun setiap objek di muzium ini sebenarnya ada cerita tersendiri dan mempunyai nilai sentimental terutama tentang cinta yang tidak kesampaian. Bagaimana Muzium Ini Bermula Diinspirasikan daripada perpisahan […]

Siri 000 Uncategorized

Minat Menulis? Ini 3 Platform Digital Untuk Anda Mula Menajam Pena

Adakah anda minat dan mahu menulis secara serius tetapi tidak tahu hendak mula dari mana? Atau ada sesuatu yang anda mahu kongsi menerusi penulisan tetapi tidak terluah kerana tidak yakin? Jangan risau kerana anda tidak keseorangan, saya turut pernah merasakan hal yang sama. Namun saya tersedar satu perkara; skil penulisan boleh diasah. Tidak semestinya bergantung […]

Siri 000 Uncategorized

Kisah Robot Humanoid Bernama Sophia

Robot dan manusia tinggal bersama secara harmoni mungkin kedengaran seperti fragmen dalam novel dan filem sains fiksyen. Namun sebuah organisasi Hanson Robotics yang berpangkalan di Hong Kong cuba menjadikan perkara itu sebagai bukan cereka. Pada tahun 2016, mereka telah mencipta sebuah robot humanoid realistik bernama Sophia. Kredit foto: Facebook Rasmi Sophia the Robot David Hanson […]

Siri 000 Uncategorized

Bagaimana Cara Untuk Mengawal Emosi Semasa Krisis?

Emosi boleh menjadi kawan atau lawan. Ia mampu buat kita berada dalam keadaan euforia semasa jatuh cinta, menangis kerana terluka atau marah sebab kesesakan lalu lintas. Setiap orang pasti pernah berhadapan dengan cabaran, drama dan situasi yang tak menyenangkan dalam hidup atau kerjaya. Umum mengetahui sekiranya kita membiarkan emosi menunggang pemikiran, niat dan tindakan kita […]

Siri 000 Uncategorized

Terdapat Apartmen Rahsia Di Puncak Menara Eiffel

Sewaktu Gustave Eiffel membina Menara Eiffel, beliau turut menyiapkan apartmen peribadi untuk dirinya di puncak menara tersebut dan tiada siapa dibenarkan masuk. Berdasarkan sejarah, jurutera berbangsa Perancis ini telah mereka dan membina menara besi berkenaan sempena Exposition Universelle, atau Ekspo Dunia pada tahun 1889. Pada awalnya, perancangan untuk mendirikan Menara Eiffel mengundang pelbagai reaksi dan […]

Siri 000 Uncategorized

7 Rahsia Biskut Oreo Yang Saya Pun Baru Tahu, Selain Tahu Makan

Putarkan, rasa dan celup! Seingat saya, itu cara makan biskut Oreo sewaktu menonton iklan di TV semasa zaman kanak-kanak dulu. Besarnya pengaruh iklan tersebut sehingga saya ajar adik saya yang baru merangkak ketika itu untuk makan biskut Oreo celup ke dalam secawan susu dengan teknik yang sama. Adik saya gigih celup biskut gelap tersebut sehingga […]

Siri 000 Uncategorized

Jambatan Fiksyen Di Dalam Wang Kertas Euro Dibawa Keluar Ke Dunia Sebenar

Spijkenisse, sebuah pekan kecil di Belanda mempunyai tujuh buah jambatan pelbagai warna yang sebelum ini hanya wujud di atas wang kertas euro. Pada tahun 2002, Bank Pusat Eropah telah memperkenalkan duit syiling dan wang kertas Euro sebagai simbol penyatuan negara-negara Kesatuan Eropah. Wang kertas euro ketika itu terdiri daripada nilai €5, €10, €20, €50, €100, […]

Siri 000 Uncategorized

5 Kafe Hipster Bukan Biasa-Biasa Di Korea Selatan

Apabila sebut tentang Korea Selatan, K-pop, K-Drama atau mi segera Samyang mungkin perkara pertama yang muncul dalam minda anda. Negara ini berjaya menawan dunia menerusi ‘Gelombang Korea’ bermula dengan hiburan seperti muzik, drama dan filem. Seterusnya adalah gaya hidup seperti makanan, fesyen termasuk budaya kafe. Buat peminat kopi dan kaki merayap kafe, terdapat banyak kedai […]

Siri 000 Uncategorized

10 Idea Hadiah Untuk Wanita Tersayang (Bajet Bawah RM 100)

Si dia mungkin merupakan hadiah terindah dalam hidup anda. Apa kata jika anda memberi sesuatu atau kejutan kepadanya sebagai tanda cinta. Tidak semestinya perlu mahal-mahal, yang penting cukup bermakna. Manakala warga single pula jangan risau, kerana posisi wanita tersayang dalam hati selamanya mutlak disandang oleh emak kita. Maksud saya, emak awak. Selain itu, boleh juga […]

Siri 000 Uncategorized

Fakta 1 Minit Tentang Mawar, Ratu Segala Bunga

“Cinta ini adalah mawar yang mekar selamanya.” – Jalaluddin Rumi Ros atau mawar merupakan antara kuntuman bunga yang digemari ramai, malah bunga ini turut dijadikan sebagai simbol cinta. Tahukah anda, bunga ini pernah sampai ke angkasa lepas? Berikut fakta-fakta tentang bunga ros yang wangi: 1. Setelah menghabiskan 15 tahun dan 4.37 juta Dolar, akhirnya penternak […]