Aida Kamalia Diterbitkan 2 April 2019

Fesyen Seluar Untuk Wanita Plus Size

Fesyen Seluar Untuk Wanita Plus Size

Ada pendapat mengatakan wanita plus size ini takut untuk berfesyen, betul ke? Atau sebenarnya bukan takut, tetapi ketandusan idea untuk pakai fesyen macam mana. Kalau tak seluar jeans hitam, jeans biru, bosan kan?  Oleh kerana badan wanita plus size ini sedikit besar, korang harus pandai untuk menggayakan pakaian yang dipakai supaya kelihatan lebih kurus! Pemilihan seluar juga sangat penting dimana ia memain peranan untuk lihat ‘panjang’, sekaligus nampak lebih kurus! Hari ini Tajria ingin kongsi idea fesyen seluar khas untuk wanita plus size di luar sana!

Seluar High Waist

Sumber : Pinterest

Untuk wanita plus size ini, korang kena serlahkan pinggang untuk menampakkan efek badan lebih kurus. Gayakan seluar high waist kembang ini, di mana seluar ini lebih tinggi di atas pusat, berbeza dengan seluar biasa. Apabila seluar ini lebih tinggi dan ketat di bahagian atas, ia akan memberi bentuk badan seperti pear, sekaligus nampak pinggang lebih kecil!  Untuk baju pula, pilih baju yang lebih fit untuk kelihatan lebih cantik apabila digayakan dengan seluar kembang.

Jogger Pants

Sumber : Pinterest

Daripada selalu pakai seluar jeans, korang boleh cuba ke jogger pants. Ia dipanggil jogger pants kerana terdapat getah di bawah seluar. Tapi yang penting, seluar jogger pants ini tidak terlalu ketat, tetapi masih lagi membuatkan kaki kelihatan lebih kecil kerana potongan seluar itu sendiri. Tipsnya di sini, apabila korang memakai seluar jogger pants, cuba pakai kasut bertumit tinggi untuk nampak lebih tinggi kerana getah di bawah seluar jogger pants akan ‘highlight’ kaki korang.

Seluar Stripes

Sumber : Pinterest

Baju yang bercorak stripes pasti ada dalam almari baju korang kan? Sama juga apabila baju stripes menampakkan badan lebih kecil, sama seperti seluar stripes di mana ia akan membuatkan kaki korang kelihatan lebih panjang. Cari seluar yang tak terlalu ketat, akan tetapi muat-muat sahaja di kaki. Jika seluar itu mempunyai tali untuk diikat di pinggang, ia akan membuatkan pinggang lebih kecil!

Seluar Track 

Sumber : Pinterest

Seluar ini hit apabila Kim Kardashian mula untuk menggayakan seluar track untuk berjalan ke luar! Bukan seluar track untuk pergi bersukan je tau. Jangan sangka wanita plus size tak boleh untuk gayakan seluar ini, boleh sahaja. Oleh kerana potongan seluar ini adalah ‘straight cut’, jadi korang harus lebih berhati-hati. Pilih warna gelap seperti warna hitam, dan padankan dengan baju yang sleeveless, ketat untuk kelihatan lebih cantik bersama seluar track ini.

Nasihat Tajria disini, usah dengar apa pendapat orang luar dan berani untuk berfesyen! Tidak kira saiz korang besar atau pun kecil, kalau kena cara pasti cantik! Yakin pada diri dan sentiasa cari idea dan inspirasi untuk berfesyen mengikut bentuk badan. Cari di majalah, online magazine malah di Pinterest juga banyak inspirasi dan idea fesyen yang korang boleh pilih. Lebih mudah lagi, pilih sahaja selebriti kesukaan korang yang mempunyai fesyen yang menarik dan ikut sahaja fesyen mereka!