Pernahkah anda mendengar akan nama syarikat tilam premium yang dinamakan Sonno? Jika ya, tahukah bahawa mereka kini telahpun melancarkan butik mercu pertama mereka di Publika yang dinamakan Sonno Sleep House.

Sonno merupakan syarikat yang menawarkan pelbagai jenis kelengkapan tidur termasuk tilam yang direka dengan teliti bagi memberikan kepuasan dan keselesaan tidur kepada individu. Sebelum ini, Sonno dilihat hadir dengan model perniagaan yang unik yang mana mereka menawarkan kepada para pelanggan tilam yang disediakan di dalam kotak.

Berbeza dengan jenama tilam biasa yang lain, fokus Sonno adalah untuk mencipta pengalaman tidur yang berkualiti tinggi. Oleh itu, dengan kehadiran butik baharu Sonno, ia dijangka dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk mencuba produk mereka di samping memberi peluang untuk pelanggan menguji dahulu produk-produk keluaran Sonno sebelum mula membeli.

Di Sonno Sleep House, terdapat 3 ruang tidur yang direka mengikut keperluan pelanggan yang mana kesemua menampilkan kelebihan yang tersendiri. Malah, Sonno turut membawakan juga pakar-pakar tidur yang bertugas sebagai wakil jualan Sonno yang mana mereka akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan. 

Serentak dengan pelancaran butik mercu Sonno Sleep House, jenama ini turut memperkenalkan koleksi tidurnya yang terkini, Sonno Signature Bed Frame. Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi, rangka katil Sonno diperbuat daripada 100% kayu getah asli Malaysia dan tidak mempunyai komponen logam.

Katil ini direka secara khusus bagi membolehkan pelanggan memasangnya tanpa menggunakan sebarang peralatan. Menarik mengenainya juga adalah slot khas yang memudahkan pengguna untuk menyimpan gajet mereka pada bahagian rangka katil.