Bagi anda yang menggemari piza, maka ini adalah peluang anda untuk merebut diskaun menarik daripada Domino’s Pizza bersempena kejayaan para atlet Paralimpik Malaysia di dalam setiap acara yang disertai.

Hanya terhad untuk penebusan hari ini, 6 September 2021, anda boleh mendapatkan satu pilihan roti yang anda gemari secara percuma untuk pembelanjaan minima RM20 dalam satu resit.


Bagaimana Untuk Menebus Roti Percuma?

1. Muat turun aplikasi Dominos di Play Store ataupun App Store. Jika menggunakan web, anda boleh mula layari laman rasmi Domino’s.

2. Selepas itu, anda perlu memilih dan menetapkan waktu dan lokasi Domino’s Pizza berdekatan anda yang anda ingin kunjungi untuk mengambil pesanan anda.

3. Setelah menetapkan lokasi dan waktu pengambilan, anda boleh mula melakukan pembelian dan memasukkan kod kupon: SMBREAD1


4. Untuk meletakkan kupon, anda perlu menekan panel tepi dan pilih ‘Promos & Coupons’. Kemudian pilih butang ‘Enter The Code’.

5. Selepas itu, pilih piza dan makanan lain yang ingin anda pesan untuk mengaktifkan kupon berkenaan.

Harus diingatkan, diskaun untuk roti percuma ini terhad pada nilai RM9.50 sahaja. Tawaran ini sah pada 6 September 2021 sahaja menerusi pembelian untuk penghantaran ke rumah dan bawa pulang sahaja. Selamat mencuba!