Enjin Kereta Tidak Boleh Dihidupkan- Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui

Sekiranya kenderaan anda tidak dapat dihidupkan, biasanya ia adalah disebabkan oleh bateri kereta mati, kabel sambungan yang longgar atau berkarat, alternator kereta sudah lama atau masalah pada starter

Sebelum berkongsi lanjut, alternator adalah bahagian sistem elektrik kenderaan anda. Peranan utamanya adalah memberikan kuasa untuk mengendalikan starter, pencucuhan dan semua aksesori elektronik di dalam kereta anda. Sekiranya alternator mula mati, anda mungkin melihat lampu depan akan mulai malap atau tidak bernyala.

grayscale photo of car on road

Sudah tentu, ia agak sukar untuk menentukan sama ada kereta anda mati disebabkan masalah bateri atau berpunca dari aksesori lain yang telah lama.

Simptom Bateri Lama

Antara kesan akibat jangka hayat bateri yang telah berkurangan, kenderaan akan menjadi lebih sukar untuk dihidupkan ketika waktu pagi atau cuaca sejuk. Tahap prestasinya juga akan menjadi tidak konsisten, atau anda mungkin juga akan perasan yang mana tiada bunyi dan lampu dalam kenderaan tidak bernyala sewaktu kereta hendak dihidupkan.

Sambungan Longgar Atau Telah Berkarat

Semasa anda cuba menghidupkannya, anda mungkin akan mengesyaki terdapat kerosakan pada bateri. Namun, terdapat kemungkinan yang mana sambungan pada bateri adalah longgar atau berkarat yang mana menampakkan bahawa terminal pada bateri telah rosak.

Alternator Boleh Menjadi Punca Bateri Rosak

Bateri mati atau kuasa yang terlalu rendah juga boleh berpunca daripada alternator yang gagal. Ia juga boleh disebabkan oleh tarikan tambahan dari lampu tambahan, sistem bunyi, penggera dan sebagainya.

Sekiranya kereta anda boleh bergerak tetapi tiba-tiba berhenti semasa anda sedang dalam perjalananan ke kerja, bateri anda mungkin tidak dapat diisi semula kerana alat ganti yang rosak. Seterusnya, anda akan mendengar suara bingit dan lampu menjadi malap dan alternator anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Secara umumnya, bateri akan membekalkan cas elektrik yang besar yang melalui sistem permulaan dan memutar beberapa gear untuk memulakan kereta. Setelah kereta berjalan, alternator menghantar arus balik untuk mengisi semula bateri semasa anda memandu. Ia membekalkan tenaga untuk elektronik kereta anda semasa anda dalam perjalanan dan memastikan jumlah cas yang betul kembali ke bateri.

Tanda-tanda umum di atas akan membantu menentukan apa sebenarnya yang salah. Sekiranya anda tidak mahu melakukan diagnostik sendiri, dapatkan langkah awal dan bawa juruteknik untuk memeriksa sistem elektrik anda dan juga sistem permulaan dan pengecasan harus diperiksa.

Sekiranya alternator berfungsi dengan baik, pencarian masalah akan beralih ke bahagian lain dari sistem permulaan dan pengecasan. Oleh kerana alternator mengatur berapa banyak arus elektrik dimasukkan kembali ke bateri semasa pengisian semula, bateri mungkin terlalu panas kerana pengisian berlebihan. Ini akan memendekkan jangka hayat bateri.