Fulgurit Terbentuk Apabila Petir Menyambar Pasir – Apa Yang Terjadi Sebenarnya?

Pernahkah anda melihat keadaan pasir seperti ini dikawasan sekitar pantai atau mana-mana tempat lain?

Apa itu fulgurit? Reka bentuk pasir yang kelihatan seperti menara ini adalah hasil disambar petir yang membentuk kaca silika. Ia terjadi apabila terkena pasir pantai silika atau kuarza dan suhu panas melampaui 1800 darjah celsius.

Wikipedia

Fulgurit Pernah Dijumpai Di Gurun Sahara

Fulgurit ini telah dijumpai sejak tahun 1711. Antara kawasan yang mempunyai keunikan fulgurit ini termasuk Gurun Sahara. Seperti yang anda tahu, Gurun Sahara adalah sebuah kawasan yang panas dan kurang kelembapan, namun dengan penemuan fulgurit yang berusia 250 juta tahun itu telah mengesahkan yang mana gurun itu pernah menjadi wilayah yang subur di mana ribut petir hujan pernah berlaku.

Bagaimana Ia Terhasil?

Untuk pengetahuan anda, pasir akan mencair pada suhu sekitar 1800 Celcius Celsius, sementara suhu petir yang bernyambar ini boleh mencecah sehingga 30,000 Celcius.

Jadi, apabila bolt pencahayaan ini menembusi pasir, caj ini akan bergerak seakan sistem akar pokok. Situasi ini digambarkan seperti anda menyiram pokok dan airnya bergerak dari dahan ke akar dan kemudiannya berkembang menjadi pokok yang lebih besar.

Tahukah anda, walaupun setiap kali hujan melanda atau kilat sabung menyabung berlaku dan terkena bumi, namun tidak semuanya akan membentuk fulgurit.

Wikipedia

Fulgurit ini biasanya dijumpai di bawah permukaan pasir. Secara umumnya, diameternya akan menurun dan kadang-kadang akan membentuk cabang lain ketika turun. Bentuknya mencerminkan jalur kilat yang diambil ketika tersebar ke tanah. Oleh sebab itu itu, ada yang mengatakan bahawa fulgurit adalah fosil kilat.

Bukan itu sahaja, fulgurit ini juga dapat terbentuk ketika petir menyambar batu. Hal ini kerana, batu juga mempunyai lapisan atau kerak kaca pada permukaannya.

Sumber: Amusing Planet, Wikipedia, Geoengineer