Lina Rosli Diterbitkan 5 April 2021

Gusi Berdarah – Normal Atau Tidak Normal?

Gusi Berdarah – Normal Atau Tidak Normal?

Pernahkah anda mengalami isu yang serius berkaitan gusi anda? Sebagai contoh, ketika anda bangun pagi anda mendapati terdapatnya kesan darah pada bantal anda ataupun sewaktu memberus gigi dan berkumur.

Ia sebenarnya adalah disebabkan gusi anda merah, bengkak dan berdarah yang mana mengakibatkan masalah sewaktu anda tidur dan membersihkan mulut. Tetapi, ada juga keadaan yang mana apabila menggosok gigi terlalu kuat, ia boleh menyebabkan luka pada gusi.

person wearing silver-colored ring while holding denture

Namun, tahukah anda, pendarahan pada gusi bukanlah sesuatu yang normal? 

Mengapa ia tidak normal? Hal ini kerana, gusi berdarah menunjukkan kesihatan atau kekuatan gigi anda berada di paras rendah selain ia juga mungkin disebabkan faktor lain yang perlu dipandang serius.

Apakah yang dimaksudkan dengan gusi berdarah?

Terdapat tiga faktor yang boleh menyebabkan gigi berdarah. Ia termasuk disebabkan tabiat penjagaan gigi yang teruk, masalah periodontal dan juga faktor sistemik.

Tabiat penjagaan gigi yang buruk

Untuk faktor ini, anda akan mendapati penumpukan plak dan juga bakteria pada gusi anda. Plak ini akan melekat pada bahagian jarak di antara gigi yang boleh mengeras dan menutupi garis gusi anda. Apabila anda menggosok gigi dan memflos dengan kuat, ia akan menyebabkan gusi anda berdarah disebabkan ia menjadi lebih sensitif.

Kenapa gusi menjadi sensitif sehingga berdarah? Jawapannya adalah disebabkan rangsangan yang terhasil pada sistem pertahanan badan semulajadi yang menganggap kawasan tersebut yang telah dijangkiti. Hasilnya, ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan aliran darah ke kawasan tersebut.

Masalah Periodontal

Gingivitis atau keradangan yang tidak dirawat dapat meningkatkan risiko terkena periodontitis. Risiko ini akan menyebabkan jangkitan dan keradangan gusi yang merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Gejala utama periodontitis adalah bahawa gusi sering berdarah.

Periodontitis ini sebenarnya berlaku apabila pendarahan gusi berlaku secara kerap dan berlarutan. Ia akan menghakis tisu lembut pada gusi sehingga boleh menyebabkan gigi anda kelihatan jarang dan juga banyak ruang kosong. Untuk masalah ini juga, anda akan mendapati berlakunya kemusnahan ligamen selain boleh mengganggu aktiviti seperti mengunyah dan menggigit.

Keadaan Sistemik

Sementara untuk sistemik ini biasanya berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes, thrombocytopenia, leukemia dan juga Down Syndrome.

Mengapa individu dengan keadaan sistem mengalami masalah gusi berdarah? Jawapannya, ia mungkin berkaitan dengan penyakit gusi yang berkaitan dengan jangkitan virus lebih.-lebih lagi dalam individu yang terjejas status imun seperti pesakit HIV. Bukan itu sahaja, perubahan hormon dan manultrisi turut menyumbang kepada masalah ini.

Bagaimana Untuk Mengubati Masalah Gusi Berdarah?

Paling utama untuk mendapatkan gusi yang sihat adalah dengan mengamalkan gaya hidup dan juga amalan penjagaan diri yang baik. 

Sebagai contoh, menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang bersesuaian. Jika anda merasakan gusi anda terlalu sensitif, maka guna berus yang lebih halus dan lembut.

Amalkan juga penggunaan flos ketika membersihkan gigi. Hal ini bagi mengurangkan risiko penumpukan tartar di dalam mulut. Malah, anda juga boleh menggunakan juga produk mulut seperti listerine dan banyak lagi.