Herbal Essences telah bekerjasama dengan peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, iaitu Watsons bagi menjayakan Inisiatif “Hutan untuk Kebaikan” atau “Forest For Good”.

Inisiatif ini menyaksikan perancangan Herbal Essences dan juga Watsons di seluruh Malaysia dalam memulihkan semula hutan di seluruh Malaysia, bermula dari Negeri Perak.

Pengguna yang ingin turut serta menjayakan kempen ini, anda boleh melakukan pembelian produk Herbal Essences di Watsons serta turut menanam pokok sendiri.


Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha P&G di seluruh rantau AMA untuk melindungi alam semula jadi secara aktif dengan menanam pokok yang membantu meningkatkan ekosistem biodiversiti tempatan. 

P&G dilihat telah bekerjasama dengan perusahaan sosial dan penyedia teknologi iaitu EcoMatcher bagi memastikan ketelusan penuh pada projek penanaman pokok tersebut. Ia menggunakan teknologi rantaian blok dalam meningkatkan kebolehkesanan dan memudahkan pengguna untuk mengakses kemaskini terbaru untuk kempen P&G “Hutan Untuk Kebaikan”.

Bagaimana Untuk Mengambil Bahagian Dalam Kempen “Hutan Untuk Kebaikan”?

Ini caranya anda boleh mengambil bahagian dan mengamalkan pokok anda: 

  1. Beli 3 botol Herbal Essences bio:renew dari mana-mana kedai runcit Watsons atau dapatkannya secara atas-talian. 
  2. Tunggu sehingga anda menerima SMS pengesahan daripada Watsons yang mengandungi kod unik dan pautan ke Watsons’ Forests.
  3. Layari halaman kempen P&G “Hutan Untuk Kebaikan” dan buat akaun. Seterusnya, anda boleh menanam dan menamakan pokok anda.
  4. Kumpul lebih banyak pokok dengan membeli lebih banyak produk Herbal Essences dan jejaki anda perkembangan alam sekitar. 

Untuk pengetahuan anda, Herbal Essences bio:renew menampilkan gabungan semua bahan semulajadi yang diperolehi secara mampan daripada tumbuhan sebenar.

Bukan itu sahaja, Herbal Essences bio:renew juga bebas daripada bahan kimia seperti paraben, pewarna dan silikon untuk memastikan rambut dipelihara dengan sempurna. Ia juga dilengkapi dengan histidin bagi menghilangkan ion kuprum daripada rambut dan menghalangnya daripada mengambil bahagian dalam tindak balas oksidatif yang membawa kepada pembentukan radikal bebas yang merosakkan rambut.