Sebelum ini, Rapid KL telahpun mengumumkan perubahan untuk kekerapan perkhidmatan untuk Monorel KL bermula 23 Mei sehingga 30 Jun 2022. Perubahan itu berikutan kesan daripada kerja-kerja pembaikan dan menaik-taraf pintu skin di setiap platform.

Kini, menerusi perkongsian Rapid KL di akaun Twitter rasmi mereka, nampaknya kini tiba giliran MRT Laluan Kajang dan LRT Laluan Kelana Jaya pula diselenggara yang mana ia dijangka akan memberi kesan kepada kekerapa perkhidmatan untuk waktu puncak dan luar waktu puncak.

Berdasarkan jadual yang dikongsikan, untuk waktu puncak, kekerapa perkhidmatan bagi LRT dan MRT adalah seperti berikut:

  • LRT Laluan Kelana Jaya4 minit untuk hari Isnin hingga Jumaat dan 7 Minit untuk hari Sabtu dan Ahad
  • MRT Laluan Kajang6 minit untuk hari Isnin hingga Jumaat dan 10 Minit untuk hari Sabtu dan Ahad

Seterusnya untuk luar waktu puncak pula:

  • LRT Laluan Kelana Jaya7 minit untuk hari Isnin hingga Ahad
  • MRT Laluan Kajang10 minit untuk hari Isnin hingga Ahad

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan kesan daripada perubahan masa ini, anda disarankan untuk mencuba alternatif lain termasuklah menggunakan bas pengantara untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dan juga.