Kertas konsensus berkenaan penyahsarafan renal kini telah dihasilkan oleh Kumpulan Kerja Penyahsarafan Renal Malaysia (MyRDN). Ia merupakan sebuah usaha sama antara Persatuan Hipertensi Malaysia dan Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia yang mana telah diterima untuk diterbitkan di dalam jurnal khas perubatan Penyelidikan Hipertensi.

Melalui kertas ini, ia bukan sahaja membantu pakar dalam mengenalpasti rawatan yang sesuai tetapi juga turut menyediakan saranan dan garis panduan untuk pakar-pakar penjagaan kesihatan mengenai penggunaan rawatan penyahsarafan renal untuk pesakit hipertensi yang telah dikaji selidik.

Selain boleh diakses oleh pakar-pakar kesihatan, kertas konsensus ini juga akan disediakan sebagai dokumen akses umum di laman web Jurnal Penyelidikan Hipertensi untuk rujukan orang ramai.

Dengan ini, para doktor dan pesakit boleh membincangkan kesesuaian prosedur ini berdasarkan keadaan individu dan membuat keputusan bersama. Ini amat penting kerana kertas konsensus tersebut menyatakan bahawa pilihan pesakit adalah salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan untuk meneruskan prosedur ini.

Penyahsarafan renal adalah sejenis prosedur invasif minimum di mana gelombang frekuensi radio disasarkan pada saraf-saraf simpatetik renal (buah pinggang) untuk mengurangkan aktivitinya yang menyumbang kepada masalah hipertensi.

Antara pesakit yang disarankan untuk menjalani prosedur ini adalah:

  • Pesakit hipertensi rintangan
  • Pesakit yang mengalami tekanan darah yang konsisten tinggi walaupun telah mengambil kombinasi terbaik ubat-ubatan antihipertensi
  • Pesakit yang tidak dapat mematuhi rutin pengambilan ubat-ubatan walaupun telah menjalani kaunseling
  • Pesakit yang tidak mahu terikat dengan ubat-ubatan jangka panjang

Bagi yang ingin mengetahui kumpulan pakar yang terlibat dalam penyediaan kertas konsensus ini termasuklah Dr Fong dan Prof Datin Dr Chia. Mereka juga tyryt disertai oleh ahli-ahli panel lain iaitu Pengerusi Bersama MyRDN Dr Ong Tiong Kiam, pakar kardiologi kanan Institut Jantung Negara (IJN) Dato’ Seri Dr Azhari Rosman, dan Bekas Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad.

Layari juga: https://www.nature.com/hr/