Di Malaysia, penyakit jantung kekal berada di tangga pertama untuk kesihatan yang telah membebani rakyat Malaysia.

Kira-kira 8 juta orang dewasa di Malaysia mengalami paras kolestrol yang tinggi yang merupakan faktor utama kepada penyakit jantung. Justeru, semua individu seharusnya sentiasa memantau dan mengurus tahap kolesterol anda bagi memastikan kesihatan jantung berada pada tahap yang baik.

Bagi mendapatkan jantung yang baik, ia perlu dicapai menerusi amalan gaya hidup yang sihat dan aktif, seperti berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, serta digandingkan dengan diet yang sihat jantung.

Apakah Diet Yang Sihat Untuk Jantung?

Antara diet yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan jantung yang sihat sepanjang waktu termasuklah:

  • Pemakanan yang menampilkan nutrisi Omega-3 seperti tuna, mackerel, salmon dan sardin. Omega-3 berperanan untuk merendahkan kadar lemak trigliserida di dalam darah. Ia boleh mengurangkan risiko saluran darah tersumbat dan membantu mengurangkan paras darah tinggi.
  • Bijirin seperti oat kerana berperanan untuk mengurangkan kadar kolesterol LDL yang merupakan “kolesterol tidak baik” yang sering menjadi punca saluran darah tersumbat.
  • Kekacang seperti badam kerana ia berpotensi meningkatkan kadar antioksidan, serta merendahkan tekanan darah dan melancarkan pengaliran darah.

Sebagai pendukung kesihatan jantung yang terkemuka di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS juga telah menerajui kesedaran kesihatan jantung melalui pelbagai inisiatif sejak dua dekad yang lalu. Ia termasuk pengenalan perisa terbaharu, Dark Choc yang cukup istimewa untuk susu NESTLÉ OMEGA PLUS.

Untuk pengetahuan anda, NESTLÉ OMEGA PLUS diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat. Penawaran ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS dua kali sehari bagi membantu menguruskan paras kolesterol mereka.

NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc menawarkan manfaat ActiCol yang sama dengan versi yang sebelum ini, iaitu 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik dapat membantu menyekat penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah.

Selain merendahkan paras kolesterol, NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc turut menawarkan kebaikan tambahan koko yang lazat. Hanya 2 gelas sehari dapat memenuhi 100% keperluan kalsium harian serta 11 vitamin & mineral penting.

Bagi yang berminat, susu ini boleh mula didapati di gedung runcit utama di seluruh negara dan didatangkan dalam dua saiz, iaitu pek 550g dan 900g.